SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan SK Pementerian

♠ Posted by Akmal Zainal in at 8:46:00 PTG
Kedudukan SK Pementerian, Nabawan

Hari ini merupakan hari terbaik buat diriku, walaupun keadaan diriku agak kurang sihat memandangkan aku demam semalam. Demamku terubat sedikit apabila aku mengetahui bahawa aku akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pementerian, Nabawan. Jarak dari Pekan Nabawan cuma 4km sahaja. Kira dari rumahku ke Ampangan je lah (Sapa-sapa kenal aku tau la aku duk mana).

Bila aku pergi jumpa pakcik google pasal sekolah SK Pementerian ni, aku tak dapat apa-apa info mengenai sekolah ini mahupun logo sekolah. Adui...satu hal..camne lah gamaknya keadaan sekolah aku tu yer... Cantik ke idak?

Aku cuba menghubungi PPD Nabawan dengan bertanyakan lebih lanjut mengenai keadaan di sekolah ku itu, di sekolah ku itu ada api dan air. Alhamdulillah... Ada api dan air..bukan apa. risau jugak kalau takde letrik ni..hehe..

Takpe lah. yang penting lepas 10hb Februari ini aku akan mula bertugas di SK Pementerian. SK Pementerian, tunggu kehadiranku.

0 Komen:

Catat Ulasan