SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

BAJET2013: Pakej Komuniti Belia, Rebat RM200

♠ Posted by Akmal Zainal in ,

Tahun 2013 akan tiba beberapa hari lagi, beberapa hari lepas, SKMM telah mengeluarkan beberapa syarat untuk belia yang ingin memohon REBAT RM200 ini.


Yang paling mengejutkan belia-belia Malaysia adalah syarat (c) yang berbunyi "Model telefon pintar 3G yang ditawarkan dengan harga maksimum RM500". Dengan ada syarat tersebut berkuburlah impian semua belia-belia yang mendambakan telefon pintar ribuan ringgit dengan harapan dengan adanya rebat RM200 boleh mengurangkan sedikit harga telefon tersebut dari RM1200 kepada RM1000 sahaja.

Yang tersirat telah tersurat, SKMM telah mengeluarkan senarai telefon pintar yang ada di dalam pakej ini. Antaranya ialah:
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2

3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790
Note:
1) Senarai di atas adalah pada 26 Disember 2012 dan senarai model akan dikemaskini dari semasa ke semasa di dalam laman web Pembekal Perkhidmatan;
2) Jenama dan kuantiti yang ditawarkan mungkin berbeza di antara pembekal perkhidmatan.


SUMBER: SKMM WEBSITE

Pra-pendaftaran boleh dibuat mulai 1 Januari 2013 di LAMAN WEB SKMM

Carta Alir semasa membeli telefon pintar dengan rebat RM200 adalah seperti berikut:

Soalan-soalan lebih lanjut mengenai pakej ini anda boleh LIHAT DI SINI

 Rasanya sudah cukup untuk memberi keterangan kepada belia-belia.


Tapi pada pendapat aku, kerajaan boleh mengira cadangan daripada semua rakyat Malaysia dinaikkan harga minimum bagi sebuah telefon pintar dari RM500 kepada RM1000. Mungkin lebih banyak pilihan yang terkini dapat dibeli dan dirasai oleh belia-belia. Bak orang kata win-win situation.


Update Terkini:
Tiada had maksimum untuk pembelian sebarang telefon pintar. Ini bermakna semua jenis telefon pintar boleh dibeli dengan mendapat rebat RM200 ini.

Sekian 



First Original Game - Football Manager 2013

♠ Posted by Akmal Zainal in ,
 Semuanya gara-gara First Release Football Manager kali ini terdapat corrupt dan terlalu banyak yang problem. Disebabkan aku ni peminat Football Manager(FM) sejak FM2010 lagi maka aku tidak boleh menunggu terlalu lama menantikan patch terkini daripada uploader-uploader yang terkemuka.

Berpuas hati dengan features baru dan gameplay FM13 membuatkan aku tidak boleh sabar lagi dan merelakan diriku membeli yang original buat pertama kalinya. Memang duit melayang banyaklah tapi atleast aku memang puas hati boleh main.

Lagipun FM13 kali ni dorang cuma mengeluarkan update secara direct hanya melalui Steam sahaja membuatkan aku terpaksa dan merelakan duitku untuk dilaburkan kepada game yang aku minat ini.

Cover PC DVD Game

So untuk kali ini, yang paling best boleh terus manage 2 team masa mulakan permainan, satu team kelab dan 1 lagi negara. Sebagai rakyat Malaysia yang mahukan kemajuan dalam sukan bola sepak untuk terus maju, aku telah membuat keputusan untuk manage Pasukan Harimau Malaya ataupun Malaysia. Satu lagi aku menggalas tugas sebagai Manager Arsenal disebabkan mahukan Arsenal memenangi sekurang-kurangnya 1 trofi untuk season 2012-13.


Cabaran sebagai Manager Malaysia bermula dengan perlawanan AFC Challange Cup di Macau. Aku telah berjaya membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir bertemu pasukan India. Perlawanan yang berkesudahan 1-0 pada separuh masa pertama membuatkan aku terpaksa memberikan suntikan semangat kepada pemain untuk memenangi kejuaraan kali ini. Kesudahannya, jaringan Amri Yahya dan Sabree Abu lewat perlawanan membuatkan perlawanan Akhir ini terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Senarai Penjaring pada kempen AFC Challenge Cup 2012

Perlawanan Akhir ditentukan dengan sepakan penalti
Namun, nasib tidak menyebelahi Harimau Malaya apabila tewas 4-3 penentuan sepakan penalti. Apa-apa pun setiap pemain telah memberikan yang terbaik sepanjang aksi AFC Challenge Cup 2012 ini.

Sebagai Manager Arsenal, aku telah berjaya membawa masuk Arda Turan dengan perpindahan yang agak besar. Diharapkan kemasukan Arda Turan mampu membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada Arsenal pada season kali ini.

Arda Turan bersama Arsenal



5 Hari Lagi....

♠ Posted by Akmal Zainal in ,



Lima hari sahaja lagi untuk melangkah meninggalkan tahun 2012. Terima kasih 2012 kerana membawa banyak peristiwa yang menarik dan membantu aku dalam mengenal hidup sebagai seorang insan di muka bumi ini.

Nanti kalau ade kesempatan aku akan post by month semuanya yang aku lalui bermula bulan Januari hinggalah bulan Disember tahun 2012.

Diam tak diam blog ni pun dah hampir mencecah usia 2 tahun pada tahun hadapan. So blog ini akan semakin berkembang dan aku akan update jika larat. :-P Almaklumah, kehidupan yang agak sibuk menyukarkan sedikit untuk update blog ni.huhu