SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

Pesawat Malaysia Airlines MH17 Terhempas di Sempadan Ukraine

♠ Posted by Akmal Zainal in

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.

Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH17 sebelum ia terputus hubungan dengan pusat kawalan

Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.

"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.


LIHAT BERITA PENUH DI SINI



Senarai 23 Pemain Pilihan Dollah Salleh

♠ Posted by Akmal Zainal in ,,
 
Jurulatih Malaysia Yang Baru
Sejumlah 23 pemain dipanggil oleh pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh, untuk menjalani latihan pusat, sebagai persediaan menghadapi perlawanan antarabangsa menentang Tajikistan di tempat lawan, 8 Ogos ini. 
Senarai 23 pelatih skuad Harimau Malaya:

Kadar Lesen Memandu Ditangguhkan

♠ Posted by Akmal Zainal in

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dijadual bermula pada Ogos ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diminta untuk menjalankan kajian lanjut bagi menyemak kurikulum termasuk implikasinya terhadap kos.

Lesen Memandu Naik Mulai 14 Julai 2014

♠ Posted by Akmal Zainal in ,

Rakyat Malaysia yang belum mempunyai sebarang lesen memandu terpaksa menerima kenaikan harga untuk belajar Lesen Memandu kelas D dan B2. Kenaikan sebanyak 57% dan 75% bagi setiap lesen memandu akan meningkatkan lagi kesukaran kepada mereka yang masih tidak memiliki sebarang lesen.

Kenaikan ini berpunca daripada Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Pemandu sebelum ini.

Harga Terkini Lesen Memandu: