SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan Rumah Sewa di Sarikan

♠ Posted by Akmal Zainal in at 4:06:00 PTG
Rumah Sewa di Sarikan
Ramai yang tertanya di manakah aku tinggal di daerah Nabawan ini. Bagi menjawab semua persoalan yang bermain di minda hari ini aku berkesempatan untuk mengupload gambar tempat aku makan, tidur, mandi dan bermacam-macam lagi.

Aku mula tinggal di sini pada 14hb Feb 2011, kira minggu pertama aku sampai ke Nabawan ini. Aku bersyukur sebab guru yang tinggal di rumah tersebut ingin mencari rumah yang lebih selesa kepada keluarganya.
Garaj Kereta
Kira kat sini memang ramai guru semenanjung, Guru lelaki semenanjung yang tinggal di sini ada dalam 26 orang termasuk yang lepak di Rumah Sarikan ini pada hujung minggu. Yang betul-betul berulang alik dari sekolah ke rumah ini ada dalam 15 orang, dan mungkin jua lebih dari itu.

Garaj tambahan bagi rumah kami
Gambar kat atas ni pulak garaj tambahan bagi rumah berkembar yang kami duduk. Jiran sebelah kami merupakan penyewa dari Lembaga Getah yang jarang-jarang sekali ada di rumah.

Gambaran dari dapur rumah
Rumah yang aku diami terdapat 2 bilik tidur dan terdapat ruang tamu dan dapur yang luas. So memang cukuplah kalau tinggal dalam rumah ni berenam. Semua bujang lagi, so tak menjadi masalahlah.

Tong Simpanan Air
Yang menariknya di sini, kami hanya perlu membayar bil elektrik sahaja buat masa ini. Walaupun begitu bekalan air memang sentiasa ada dan setiap air yang masuk adalah percuma. So dah jimat dah tuk bayar bil air. Mungkin tak lama lagi bila loji penapisan air dah siap maka kami mula membayar bil air selepas ini.

Ampaian juga turut tersedia
Setiap rumah terutamanya rumahku disiapkan dengan ampaian yang boleh menampung bilangan isi rumah. Keadaan di sini memang terasa nyaman dan selesa kerana tiada pencemaran udara dan pagi-pagi pemandangan di sini amat sejuk dan berkabus di sebahagian tempat di Nabawan.

Almari Makanan
So gambar di atas adalah view dari dalam rumah, rumah ini memang disediakan sebuah katil Queen Size, Almari baju, set Kerusi dan almari makanan. Yang terbaru diberikan oleh tuan rumah ialah peti sejuk. Walaupun peralatan dapur tidak berapa lengkap lagi namun aku dan housemateku menambah peralatan dapur sedikit demi sedikit. Balik cuti ini kami bercadang untuk membeli dapur bagi memudahkan kami memasak selepas ini.

View Dapur Rumah
Di sinilah kami akan menempatkan dapur bagi memasak. Botol-botol minuman yang ada di bawah merupakan bekas air minuman yang telah kami minum. Ini kerana kejernihan air agak meragukan. Bagi menjamin kesihatan dan keselamatan kami membeli air minuman untuk minum dan memasak.

Rasanya sampai sini untuk saya kongsikan buat masa ini. Lain kali kita cerita lagi deh... Ajak la geng-geng lain tuk jenguk blog berkaitan kehidupan seorang guru di perantauan.

5 Komen:

14hb mac??? wah gle advance along ni.. kahkah...

ko ni reti bace ke tak? kan 14 feb 2.

alah.... kau da tukar kan??? mak pon bce laaaaaaaaaaaa... hahahahahahaha

Catat Ulasan