SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

GWIYOMI: Demam Lagu dan Aksi yang Comel.

♠ Posted by Akmal Zainal in ,

Dua tiga minggu ini, rakyat Malaysia telah dilanda demam yang hampir diminati oleh setiap remaja di Malaysia. Ini adalah kerana "Demam Gwiyomi" ataupun Kiyomi ini telah bermaharajalela di Facebook, Twitter, Keek, dan Youtube. Kebanyakan video berdurasi antara 45 saat sehingga 1 minit 30 saat ini sungguh membuatkan mata-mata semua terpukau dengan "aksi comel" oleh peminat-peminat Gwiyomi ini.

Lagu Gwiyomi atau Lagu Kwiyomi merupakan lagu solo K-Pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan dan dikeluarkan pada 18 Februari 2013. Ianya telah diilhamkan oleh gerakan daripada sebuah ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, BtoB bernama Jung Ilhoon. Gerakan ini dipanggil 'Pemain Gwiyomi' dimana ianya menjadi permulaan kepada kegilaan peminat Asia untuk memuat naik versi mereka sendiri di internet.

Ramai yang tertanya-tanya apakah di sebalik maksud Gwiyomi ini? Gwiyomi bermaksud comel/cute. :-)

Mari kita lihat maksud Lagu Kwiyomi yang comel ini:

Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi

Over a chocolate muffin
Waiting for a cup of savory milk
Oppa and I sit facing each other
And scribble on each other's hands

*Don't look at other girls
No matter what they say
You're mine (You're mine)
Don't even talk to other girls
I'm yours (I'm yours)
Please pinky promise me
That you'll never leave me alone

**1 plus 1 equals Kiyomi
2 plus 2 equals Kiyomi
3 plus 3 equals Kiyomi
Ki- Ki- Kiyomi, Ki- Ki- Kiyomi
4 plus 4 equals Kiyomi too
5 plus 5 equals Kiyomi too
6 plus 6 equals chu chu chu chu chu chu Kiyomi
I'm Kiyomi


Mari kita lihat video yang comel-comel.


Gwiyomi Style Malaysia Paling Comel




Gwiyomi dari lain-lain tempat



PRU13: Masa Depan Generasi Baru Malaysia

♠ Posted by Akmal Zainal in

Pada 3 April 2013, setelah genap 4 tahun Dato' Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia, secara rasminya pembubaran parlimen telah dibuat. Setelah sekian lama rakyat Malaysia menantikan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) akhirnya PRU13 akan menjelma tidak berapa lama lagi.

Rakyat Malaysia akan keluar mengundi bagi menentukan siapakah yang bakal menerajui negara pada penggal baru ini. Adakah Barisan Nasional yang dipimpin oleh Dato' Seri Najib Razak akan meneruskan legasi Barisan Nasional selama lebih 55 tahun atau rakyat Malaysia akan memilih kepimpinan baru yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Pada PRU13 kali ini dilihat saingan amat sengit bagi menentukan kepimpinan baru Malaysia. Pada PRU13 kali ini dilihat terdapat dua parti besar yang bersaing untuk menerajui Malaysia buat penggal baru ini, pertandingan 2 penjuru di antara calon BN dan PR akan mewarnai PRU13 kali ini.

Kedua-dua parti besar ini sudah membentangkan manifesto mereka kepada rakyat dan kini terpulang kepada rakyat untuk menilai yang manakah terbaik untuk diri mereka, keluarga dan masyarakat sekitar mereka. Setiap undi rakyat Malaysia adalah penting dan diharapkan agar semua pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan turun mengundi pada PRU kali ini.

Sebelum kita mahu memilih calon tersebut, kita seharusnya tahu bahawa setiap undian kita akan membawa perubahan kepada negara, terpulanglah kepada kita sama ada mahu mengekalkan BN ataupun mahu berubah kepada PR. Ingatlah, UNDI ANDA ADALAH RAHSIA.

Kepada pengundi baru yang pertama kali mengundi, lihatlah video-video di Youtube bagi memastikan hak anda sebagai pengundi dilindungi dan tidak ada sebarang catatan ke atas kertas undi anda mahupun senarai pengundi pada nama anda tidak tercatat apa-apa nota bagi melindungi undian anda.