SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan PPD Nabawan

♠ Posted by Akmal Zainal in at 9:29:00 PG
Logo PPD Nabawan
Kami tiba di PPD Nabawan kira-kira pukul 9.20 pagi setelah lebih sejam menaiki bukit-bukit yang tidak terlalu tinggi berbanding dengan jalan Kota Kinabalu ke Keningau. Sebaik sahaja kami tiba di sana kami diberikan taklimat berkaitan Isu-isu yang penting berkaitan dengan PPD Nabawan dan Sekolah-sekolah di Nabawan. Kebanyakan sekolah di Nabawan ini terletak jauh antara satu sama lain, Ada sebahagian daripada sekolah tersebut melalui jalan kerikil, jalan air (menaiki bot) dan ada juga sekolah yang terpaksa berjalan kaki setelah meredah jalan kerikil, tanah merah, dan mengharungi sungai dengan menaiki bot.

Orang-orang Penting PPD Nabawan.
Taklimat disampaikan oleh En. Ampalus mengenai keadaan-keadaan di Sekolah daerah Nabawan, Misi dan Visi PPD Nabawan dan berkaitan dengan isu-isu pendidikan di daerah Nabawan ini. Selepas makan tengah hari kami telah diberikan taklimat berkaitan Gaji dan Elaun di Daerah Nabawan ini. Hanya 2 buah sekolah sahaja yang tiada elaun pedalaman iaitu Sekolah Menengah Nabawan dan Sekolah Kebangsaan Pekan Nabawan.
Guru-guru Baharu yang akan berkhidmat di Daerah Nabawan
Seramai 24 orang Guru Baharu, 11 orang daripada Semenanjung Malaysia dan selebihnya berasal dari Sabah. Dalam 24 orang guru ini hanya terdapat 2 kuntuman bunga yang berasal dari Sabah yang melaporkan diri di PPD Nabawan manakala selebihnya merupakan perwira-perwira yang bakal menaikkan nama daerah Nabawan ke arah yang lebih maju di dalam bidang pendidikan.
Bergambar seketika di PPD Nabawan

0 Komen:

Catat Ulasan