SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Raya Tak Jadi Film Review

♠ Posted by Akmal Zainal in at 11:21:00 PTG
l
Poster Filem Raya Tak Jadi
SINOPSIS FILEM
Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakalmengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi. 

Shuib mempunyai seorang adik yang pekakiaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan. 

Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya. 

Sinopsis di ambil dari SinemaMalaysia

Minggu lepas aku berkesempatan sekali lagi menonton Raya Tak Jadi arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Seperti yang dijangka filem ini biasa-biasa sahaja tidak ada yang terlalu menarik untuk disampaikan berkenaan Filem Raya Tak Jadi ni. Dengan jalan cerita yang ringan dan santai sesuai dengan genre filem yang berunsur komedi.

Selepas melihat aksi Zizan Raja Lawak di dalam Filem Hantu Bonceng, nak tengok pula macamana gandingan Johan dengan Saiful Apek pula. Namun apabila menilai antara kedua-dua filem ini, kedua-duanya masih di tahap yang sama seperti filem-filem komedi yang lain. Gandingan Johan dan Saiful Apek tidak begitu mantap seperti yang diharapkan. Dengan lawak yang berulang-ulang kali dibuat dalam filem ini agak sedikit membosankan.

Namun begitu lakonan kedua-dua watak utama boleh-boleh saja. Keserasian antara mereka tidak jelas kelihatan mungkin disebabkan tidak begitu banyak lawak yang ditonjolkan antara mereka. So kepada sesiapa yang nak pergi menonton Filem ini bolehlah membawa ahli keluarga bersama kerana boleh gelak-gelak satu family. 

Skor Peribadi: 2.5/5

Sebelum berundur diri layanlah trailer Raya Tak Jadi ni yer!!!


0 Komen:

Catat Ulasan