SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan Keningau

♠ Posted by Akmal Zainal in at 8:59:00 PG
Keadaan Bandar Keningau
Keningau merupakan, sebaik sahaja melepasi Banjaran Crocker yang tinggi. Bandar terdekat dengan Nabawan ialah Keningau. Di Keningau terdapat banyak kemudahan yang ada. Nabawan merupakan sebuah pekan yang kecil sahaja yang mempunyai satu deretan blok kedai. Di Keningau ini seperti bandar-bandar besar yang lain. Mempunyai banyak kemudahan. Guru-guru di Nabawan juga kebanyakannya menyewa rumah di Keningau ini.

Kami tiba di Keningau hari sudah senja, waktu itu 6.35 petang. Keadaan memang sudah gelap seperti pukul 7.15 di Semenanjung. Bagi memudahkan kami dapat berehat dengan secukupnya, kami bermalam di Queen Hotel, Nabawan. Kadar sewa di Hotel ini berpatutan dan selesa. Maklumlah di Nabawan tiada hotel 3-5 bintang.
Bangunan Queen Hotel

Kami telah telah dibahagikan kepada 2 bilik keluarga, yang boleh memuatkan 3-5 orang pada satu-satu masa. Dengan 5-6 orang sebilik kami bermalam di Queen's Hotel dan pada keesokan harinya kami akan mula bergerak ke Nabawan untuk melaporkan diri di PPD Nabawan.

Ini dia Queen Hotel
Pada keesokan harinya kira-kira pukul 8.15 pagi setelah bersarapan di hadapan Queen Hotel, kami memulakan perjalanan kami ke Nabawan seterusnya ke PPD Nabawan.


Nombor Bilik hotel. Mai la masuk berehat.

0 Komen:

Catat Ulasan