SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Debaran Posting Akhirnya Terjawab

♠ Posted by Akmal Zainal in
28 Januari 2011 pastinya akan menjadi salah satu tarikh yang penting dalam hidupku ini. Debaran menunggu tarikh posting akhirnya terjawab apabila aku dan rakan-rakanku yang lain (PISMP Julai 2005@Ambilan Januari 2007) akan ditempatkan ke sekolah seluruh Malaysia pada 7hb Februari 2011. Ya lagi satu tarikh penting dalam hidupku 7hb Februari 2011 kerana bermulanya pada tarikh ini aku akan mula menjalankan tugasku sebagai seorang PENDIDIK @ GURU.

Aku dapat tahu penempatan dah keluar dalam website Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dah lewat. Lepas waktu pejabat. Bila check plak melalui online perkara yang mendukacitakan berlaku. Mana tidaknya hasil yang aku dapat dari melayari aplikasi semakan penempatan sekolah masih menjadi tanda tanya.
Hasil dari Website KPM. =(

Apakah benar apa yang aku lihat? OH!Tidak... Bukankah ini Lulusan Ijazah yang aku pelajari selama 5 tahun 1/2 di Negeri Indera Kayangan. Aku membuka Kertas Kerja yang pernah aku buat dahulu bagi melihat adakah aku sahaja yang tidak tersenarai di dalam database website ini. Check punya check akhirnya terjawab. Memang keseluruhan lepasan ijazah di IPGku tidak ada dalam senarai. APAKAH????

Aku membuka laman sosial kegemaran ramai iaitu FACEBOOK, ramai pulak yang tahu tempat posting mereka. Selidik punya selidik mereka sempat call KPM untuk bertanyakan penempatan mereka. Ohhh!!! Bagaimana pula aku???

Aku biarkan 28hb Januari 2011 dengan 1001 Soalan, 1001 Penantian, 1001 Kerunsingan. Rakan courseku di sana telah ditempatkan di Sabah dan Sarawak. Bagaimana pula aku???  Adakah aku akan mengikuti mereka? Rakan-rakan dari course yang lain ditempatkan di Melaka, Putrajaya, Perak dan tidak terkecuali negeri kelahiranku, NEGERI SEMBILAN. Adakah aku akan ditempatkan di Negeri Sembilan jua??? Dalam diam aku REDHA di mana sahaja aku akan ditempatkan.Aku pasti hari Isnin akan terjawab segalanya.

Pagi itu, 29hb Januari 2011, Sehari selepas semakan penempatan keluar. Aku telah digegarkan dengan bunyi jeritan adik aku"ALONG, KO DAPAT POSTING KAT BAHAU!!!". 
Aku terus terjaga, aku mendapatkan adik aku itu yang duduk di sebelah Emakku yang berada di luar. Bila Sampai sahaja, Emak bersuara "ALONG, SABAH POGINYO EKAU HA!!" 

Aku mengambil surat dari KPM dan membacanya 
"SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA ANDA TELAH DITEMPATKAN DI SABAH...." Sesuatu yang telah aku jangkakan. Ya... aku tak kisah seperti mana AIMAN TAK KISAH. Tidak mengapa, muda-muda merantau jauh, cari pengalaman, cari kekuatan diri dan sebagainya.

Demikianlah DEBARAN POSTINGKU TERJAWAB. Terima kasih, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA kerana memberiku peluang untuk merantau ke NEGERI DI BAWAH BAYU pula.

"Dari PERLIS sampai la ke SABAH"
Apakah kaitan kedua-dua negeri ini ya... TUNGGU A&D3 akan datang..