SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan Kehidupan di Sabah

♠ Posted by Akmal Zainal in at 4:53:00 PTG
Kediaman Rasmi kami di Keningau - Queen Hotel

Setelah 2 minggu sibuk dengan aktiviti sekolah iaitu Sukan Padang dan Balapan Zon 2 Nabawan dan pada minggu berikutnya pula ialah Sukan Padang dan Balapan Daerah Nabawan yang di adakan di SMK Nabawan 2.

Setelah berminggu-minggu tidak mengupdate blog ini rasanya perlu dirangkumkan semua aktiviti selamaa 2 minggu ini. So selepas berada di Keningau dan bermalam di Queen Hotel kami berjalan-jalan sekitar Keningau untuk melihat kedai-kedai bundle di sini. Sangkaanku pada awalnya cuma ada 2-3 buah kedai je namun apabila tiba di sana mak ooiii... banyaknye kedai bundle sampai lenguh-lenguh jalan di kawasan tu.

Salah satu kedai Bundle di Keningau

So makan fast food pasti tidak dilupakan, setelah penat berjalan kami singgah di KFC Keningau untuk menjamu selera. Pesanan yang diorder ialah Colonel Chicken Rice la. Kat sini cam len je..nak tau kenapa lain tengok je la gambar kat bawah ni.
Nilah dia Colonel Chicken Rice

So minggu berikutnya pula ialah MSSD Daerah Nabawan yang diadakan di SMK Nabawan II, gambar-gambar untuk sukan ni masih tak dapat dikongsi lagi kerana semua gambar belum di ambil dari Kamera lagi. Mungkin dalam 2-3 hari lagi barulah dapat semua gambar di MSSD Zon 2 Nabawan dan MSSD Nabawan.

Sebagai gambar kenangan jurulatih-jurulatih MSSD Zon 2 bergambar pada hari ke-3 iaitu hari terakhir sukan tersebut. Zon 2 Nabawan hanya mengutip 2 Emas 4 Perak dan 2 Gangsa dan berada di tempat ke-2 di belakang Zon 1.

Sebahagian Jurulatih MSSD Zon 2 Nabawan

1 Komen:

colonel chicken rice sip nk cheezy wadges ke?
gila lah!!

Catat Ulasan