SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

Cuti Semester 1 Kembali

♠ Posted by Akmal Zainal in





Ola Oli kuberi Nama.. Cikebung...cikebung...

School Holiday selama 2 minggu kini bermula. Bermacam-macam aktiviti akan dijalankan sempena Cuti Sekolah.

Antara kebiasaan sempena cuti sekolah:
1. Berehat dan bercuti bersama Family.
2. Memenuhi undangan Majlis Perkahwinan jiran tetangga, rakan-rakan dsb.
3. Berehat Sepuas-puasnya di rumah.


So kepada adik-adik yang masih bersekolah penuhilah cuti sekolah ini dengan penuh bermanfaat. Manfaatkan cuti sekolah sebaik-baiknya. Jangan cuti sekolah, cuti buku plak OK!!!


PRU 13: Hari yang Penuh Bermakna

♠ Posted by Akmal Zainal in

Marilah mari
Pergi Mengundi
Tunaikan Kewajipan
Pada Negara.

Lagu paling popular sepanjang Pilihanraya Umum (PRU) yang sering sahaja berkumandang apabila parlimen telah dibubarkan bagi rakyat memilih calon yang sesuai untuk mewakili mereka menyuarakan segala apa yang mereka inginkan kepada pentadbir.

So ini first time bagi aku untuk mengundi, now usia aku dah 26 tahun, masa umur 21 tahun aku baru tidak sempat untuk mendaftar lagi. Tak apalah, yang lepas tu biarkan lepas. Hari ini adalah hari untuk rakyat Malaysia memilih pemimpin mereka sehingga 5 tahun akan datang.

Negara Malaysia sekarang ini telah dikuasai oleh dua parti yang besar iaitu Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat. Sebelum PRU13 ini memang Pakatan Rakyat adalah pembangkang kerana negara ditadbir oleh calon-calon Barisan Nasional yang telah mendapat mandat oleh rakyat Malaysia semasa PRU12 yang lepas. Namun hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu samada Barisan Nasional mampu untuk mengekalkan kepimpinan mereka atau tidak bergantung kepada undi rakyat Malaysia.

So, kepada semua rakyat berwarganegara Malaysia sahaja sila tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang pemilih untuk memilih kepimpinan negara pada masa akan datang.

"SELAMAT MENGUNDI"