SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan SK Pementerian Part 1

♠ Posted by Akmal Zainal in , at 12:02:00 PG
Blok Utama SK Pementerian
Diam tak diam dah sebulan aku duduk kat daerah Nabawan ni. So lepas balik sekolah tadi amik la skit gambar berkaitan sekolah tempat aku mengajar. Amik guna kamera handphone je. Sorrylah kalau kualiti gambar tidak memuaskan.

Bacalah bila sekolah ini dirasmikan
Sekolah Kebangsaan pada mulanya di kenali sebagai S.R.K Pomenterian, namun kemudiannya ditukarkan kepada SK Pementerian. SK Pementerian ini telah dirasmikan pada 29 Jun 1981.

Bangunan kelas Tahun 3,4,5 dan 6
Gambar di atas merupakan bangunan kelas bagi tahun 3-6. Purata bilangan pelajar dalam kelas adalah 12 orang. Kelas yang aku ajar darjah 5 ada 8 orang murid sahaja. Kelas darjah 4 ada 16 orang manakala darjah 6 ada 15 orang.

Tempat Perhimpunan
Gambar ni merupakan tapak perhimpunan hari Isnin dan bilik yang berada di sebelah kanan merupakan bilik guru dan bilik guru besar. Tiada bilik Penolong kanan. Sebelahnya pula menempatkan bilik ICT dan Pusat Sumber Sekolah. Bangunan ini juga menempatkan kelas tahun 1 dan 2.

Bangunan RMT
Bangunan RMT ini merupakan tempat makan murid-murid. Sekolah ini tidak mempunyai kantin maka semua murid diberikan RMT dan makan di bangunan ini. Kira bangunan ni macam kantin la bagi mereka.

Bangunan Pra Sekolah
Bangunan ini merupakan bangunan bagi menempatkan murid pra sekolah seramai 27 orang murid. Luar dah cantik dalam apatah lagi. Yelah dah nama pra sekolah. mestilah dalam pun meriah. Lain kali baru kita masuk bangunan pra sekolah ini OK?

Kuarters Guru
Bangunan cantik ni merupakan Kuarters guru. Kuarters ini menempatkan 2 buah rumah dan di bawahnya guru-guru boleh meletakkan kenderaan mereka bagi menjimatkan ruang. Setiap rumah mempunyai satu ruang tamu yang luas dan 3 bilik tidur.

Kita akan berjumpa lagi dalam SK Pementerian Part 2. Tunggu.....

0 Komen:

Catat Ulasan