SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan Banjir di Nabawan

♠ Posted by Akmal Zainal in at 12:52:00 PTG
Pandangan dari cermin sisi
What??? Nabawan banjir??? Dekat Mane??? Tak masuk tv pun. tipulah ni... Apa yang sebenarnya berlaku?

Kisahnya begini serba sedikit. Tersebutlah kisah, pada hari itu yang dikenali dengan hari Rabu atau hari 3 dikalangan penduduk Nabawan (mungkin juga di Sabah) aku bersama Changlun (Nama Gelaran cikgu yang satu sekolah dengan aku) pergi ke sekolah menaiki kereta 4wdnya melalui jalan grabel ke sekolahku. Terdapat 3 tempat di mana jalan nak ke sekolah dinaiki air.

Gambar yang aku amik ni adalah banjir yang pertama yang kami perlu tempuh, kawasan ni tidaklah dalam sangat, kire 4wd ni boleh la lalu. selepas itu, kami ke hadapan sedikit, ada banjir lagi kali ini agak dalam kerana bahagian bawah tayar tenggelam, kira-kira adalah 2 jengkal kot tinggi air 2.

Kami meredah banjir tersebut dan sampailah ke tempat yang ketiga, kawasan ini dinaiki air lagi, kali ini lebih dalam dan Changlun membuat keputusan untuk berpatah balik kerana tidak mahu kenderaan yang baru keluar hospital masuk hospital kembali. Air di kawasan ini mmg dalam, memang boleh masuk air dalam 4wd ni kalau tak berhati-hati akan tersadai dalam banjir, lagi teruk.

Perjalanan pulang
Maka hari ini kami tidak ke sekolah kerana laluan ke sekolah dinaiki air a.k.a banjir la namanya. Harap esok tak banjir lagi.

0 Komen:

Catat Ulasan