SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan Pendaftaran dan Raptai Konvokesyen

♠ Posted by Akmal Zainal in at 10:40:00 PTG
Sambil dengar Raptai sempat lagi snap!!! Kenangan...
Pada hari Selasa, 15hb Mac 2011 adalah hari pendaftaranku untuk mengambil jubah konvokesyen dan mendengar taklimat berkaitan konvokesyen dan juga raptai konvokesyen. Aku tiba di PICC dalam pukul 9.30 dan aku merupakan orang ke-2 terakhir yang mendaftarkan diri mengikut maktabku. Nampaknya rakan-rakanku begitu bersemangat untuk berkonvo.

Aku berjumpa dengan semua rakan-rakanku yang telah mengajar di seluruh pelosok Malaysia ini dan berbual-bual dengan pensyarah-pensyarahku yang ada di sana. Dalam pukul 11.30 taklimat dan raptai konvokesyen di adakan. Etika-etika pemakaian semasa konvokesyen di titik beratkan agar kami tidak dihalang dari mengambil ijazah di atas pentas kelak.

Kira-kira pukul 1 taklimat dan raptai konvokesyen pun tamat dan aku sempat meluangkan sedikit masa bersama rakan-rakan sebelum pulang semula ke Seremban sebelum menghadiri Istiadat Konvokesyen pada hari Khamis nanti. Zasss!!!!

0 Komen:

Catat Ulasan