SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan Kursus Profisiensi MBI

♠ Posted by Akmal Zainal in at 12:36:00 PTG
Antara peserta kursus profisiensi
Nabawan, April 4 - Kursus Profisiensi bagi Memperkukuhkan Bahasa Inggeris yang bertempat di Pusat Kegiatan Guru Nabawan selama 4 hari bermula hari Isnin ini adalah bagi meningkatkan keupayaan guru-guru daerah Nabawan dalam mengajar Bahasa Inggeris.

Kursus ini dihadiri oleh guru-guru Nabawan bukan Major Bahasa Inggeris. Dengan menghadiri Kursus ini selama 2 minggu, setiap guru yang hadir akan diberikan sijil bagi melayakkan mereka mengajar Bahasa Inggeris dan menambahkan opsyen major mereka. Maka selepas ini, setiap guru ini mempunyai Opsyen Major Bahasa Inggeris di samping opsyen major yang lain semasa mereka menjalani kursus di IPT/Institut Perguruan dahulu.

______________________________________________________

My Note:

Waa... lepas ni aku dah ada 2 opsyen major selain dari opsyen major Matematik yang aku dapat semasa aku menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis. Kiranya sekarang ni aku dah ada 2 opsyen major dan 1 opsyen minor. Sebelum ni 1 major 2 minor.

Ya... selamat berjaya guru cemerlang Nabawan 2013.

1 Komen:

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catat Ulasan