SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan Hikayat Merong Mahawangsa

♠ Posted by Akmal Zainal in at 7:18:00 PTG
Poster Hikayat Merong Mahawangsa

Sekarang sudah lebih dari 20 hari tayangan Hikayat Merong Mahawangsa di seluruh Malaysia. Kutipan yang saya ketahui adalah lebih dari RM6 juta tidak termasuk dengan tayangan yang bakal di adakan di 70 buah negara lain. Filem yang amat mengkagumkan aku dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Salah satu babak dari Filem HMM

Penghasilan Hikayat Merong Mahawangsa ini membuka lembaran baru dalam bidang seni dan perfileman negara kerana filem ini mendapat hak edaran di luar negara, bukan di negara-negara yang kecil namun apa yang dapat aku katakan adalah Hikayat Merong Mahawangsa telah memasuki pawagam di United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan di 22 negara Timur Tengah. Ini menjadikan Hikayat Merong Mahawangsa filem tempatan pertama yang mendapat edaran secara meluas di peringkat antarabangsa dan yang paling berjaya dari sudut perolehan eksport.

Merong, Kesum dan Embok

Dalam pasaran antarabangsa, KRU Studios telah bekerjasama dengan Epic Pitcures bertindak sebagai ejen jualan Hikayat Merong Mahawangsa di peringkat antarabangsa. Epic Pitcures yang bertapak di Amerika Syarikat berjaya membuka Hikayat Merong Mahawangsa ke serata dunia. Tahniah atas kerjasama yang amat hebat ini.

Tuan Director bersama pelakon

So, sekarang nak komen sikit pasal Hikayat Merong Mahawangsa yang telah aku tonton sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu. hahaha... dasyat tu.. fanatik la katakan. Dari KRU sebagai kumpulan penyanyi aku telah meminati mereka bukan hanya sekadar lagu dan irama mereka namun perkembangan yang mereka lakukan dalam bidang muzik yang menyebabkan kekaguman aku dengan trio KRU ini menjadi-jadi.

Pelakon luar negara juga ada dalam Hikayat Merong Mahawangsa

Secara keseluruhannya aku akan memberikan 9.5/10 jika aku diberikan markah untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa ini. Kalau tak tengok cerita ini dari mula pasti aku menyangkakan bahawa filem ini bukan dihasilkan oleh pengarah filem Malaysia. Masakan tidak, dengan melibatkan artis luar negara dan CGI yang digunakan pastinya aku tabik spring kat trio KRU terutamanya kepada Yusry Abdul Halim  dengan pengarahanya dan CGI yang benar-benar memberikan impak yang positif.

Babak dalam Hikayat Merong Mahawangsa

Filem aksi epik yang amat mengkagumkan ini menyebabkan aku tidak sabar-sabar untuk melihat filem-filem keluaran KRU Studios dan pengarahan Yusry Abdul Halim bagi filem Karak.

See you at the next membebel... chooowwwww!!!!!!!!!

0 Komen:

Catat Ulasan