SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

Montpellier vs Arsenal - Preview Perlawanan

♠ Posted by Akmal Zainal in at 10:03:00 PTG

 Pagi ni tirai UEFA Champion League akan bermula, pada perlawanan pertama ini, Arsenal akan bertemu pasukan dari Juara Liga Perancis musim lalu. Yang menjadi menariknya ialah Olivier Giroud akan bertemu kelab lamanya pada perlawanan ini.

Giroud telah membantu Montpellier untuk menjuarai Liga Perancis dan Arsene Wenger terus menghidu sentuhannya lalu menawarkan perpindahan yang menarik dan akhirnya Giroud bersetuju untuk menyarung jersi Arsenal pada musim ini.


Hari ini, Giroud akan kembali ke tempat lamanya namun berkunjung sebagai pasukan pelawat. Giroud sudah menyatakan bahawa dia kaan menjaringkan buat Arsenal di Montpellier pagi ini. Itulah janji Giroud kepada penyokong-penyokong Arsenal.

So apa kata kita lihat barisan kemungkinan yang akan diturunkan oleh Arsene Wenger untuk pertemuan sulong ini.

Barisan Kemungkinan

Goalkeeper
Mannone

Defender
Gibb-Vermalean-Kocielny-Jenkinson

Midfieder
Arteta-Coquelin-Carzola

Striker
Gervinho-Giroud-Podolski

Mannone akan memulakan perlawanan sebagai penjaga gawang Arsenal disebabkan kecederaan yang berlaku kepada penjaga gol utama Arsenal, Szczesny dan Fabianski masih lagi di dalam kecederaan.

Bahagian Pertahanan Arsenal yang hanya baru melepaskan 1 gol di dalam saingan EPL dilihat semakin bersefahaman dan mampu mengekang asakan dari penyerang Montpellier.

Gandingan tengah Arsenal, Arteta dan Carzola dilihat semakin serasi dan semakin menjadi-jadi dengan hantaran-hantaran yang menarik.

Gandingan Podolski dan Gervinho di lihat menjadi setelah kemenangan besar Arsenal terhadap Southampton minggu lalu. Wenger mungkin sekali lagi menggunakan gandingan ini namun akan merehatkan Chamberlain dan digantikan dengan penyerang baru Arsenal, Giroud.

Diharapkan Arsenal dapat memberikan sesuatu yang berharga untuk di bawa pulang sebelum berdepan dengan musuh baru di EPL, Manchester City pada hujung minggu ini.







0 Komen:

Catat Ulasan