SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Hantu Bonceng Review

♠ Posted by Akmal Zainal in at 5:44:00 PTG
Poster Hantu Bonceng
Hai! Selamat Kembali Ke Blog AkuDanDot3. Nampaknya diam tak diam bilangan pengunjung dah cecah 1000 dah. Takpe lah...Slow-slow der. Asal naik tiap-tiap hari. So Hantu Bonceng ni dah sebulan lebih ditayangkan barulah hari ni nak buat review. Sesiapa yang tidak berkesempatan nak tengok kat pawagam tu tengok je kat Astro First. Takpun tunggu je la DVD ORIGINAL yang keluar nanti.hehe.

So Layan skit sinopsis cerita ni.

Cerita mengisahkan Amran(Zizan Raja Lawak) seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya(Juliana Evans) sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit (Taiyuddin Bakar) untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton (Jue Aziz) kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

So kat atas ni adalah review daripada SinemaMalaysia

Bagi aku cerita Hantu Bonceng ni merupakan Filem Seram Komedi yang disukai oleh peminat-peminat genre komedi yang ingin memasuki alam seram. Cerita ni lebih kepada Komedi berbanding seram. 

Filem ni seharusnya boleh pergi lebih baik jika pengarahnya Ahmad Idham lebih teliti dan menghormati sensitiviti umat Islam. Seharusnya filem ini menjadi filem komedi yang tidak menunjukkan sebarang babak yang seolah-oleh mempersendekan ajaran Islam. Walaubagaimanapun bagi aku semua manusia tidak sempurna dan diharapkan Ahmad Idham akan lebih berhati-hati pada filem-filemnya yang lain.

Overall filem ni memang best dan santai. Dengan lawak Zizan dan Taiyuddin memberikan keceriaan semasa menonton filem ini.

So sebelum habis jom layan trailer cerita hantu bonceng ni..


0 Komen:

Catat Ulasan