SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Arsenal Kembali Bernyawa

♠ Posted by Akmal Zainal in at 12:22:00 PG
Arsenal VS Bolton - Emirates Stadium
Arsenal seakan-akan akan musnah musim ini apabila dilihat dengan aksi yang serba tidak menjadi pada separuh masa pertama. Semua pemain Arsenal seolah-oleh buntu untuk mencari jalan penyelesaian di hadapan pintu gol Bolton. Pada separuh masa pertama Bolton dilihat lebih banyak memberikan serangan berbisa jika dibandingkan dengan Arsenal.

Segala-galanya berubah apabila separuh masa kedua bermula. 38 saat selepas memulakan separuh masa kedua, Robin Van Persie menjaringkan gol pendahuluan buat Arsenal dengan sepakan kaki kiri ke bahagian kanan pintu gol Bolton yang tidak dapat diselamatkan oleh keeper Bolton, Jaaskelainen. Hantaran bola leret kepada Van Persie oleh Ramsey membuktikan pada malam ini Arsenal akan kembali hidup.

Sebaik sahaja gol semangat yang dijaringkan oleh Robin Van Persie, Arsenal mula mengasak ke arah pintu gol Bolton dari kiri dan kanan. Ketangkasan Jaaskelainen harus dipuji apabila beberapa sepakan tepat ke arah gol berjaya diselamatkan dengan tangkas.

Arsenal yang tidak berpuas hati dengan 1 gol mengasak bertubi-tubi ke pintu gol Bolton. Kad merah yang diberikan oleh pengadil kepada Wheater membuka ruang kepada Arsenal untuk meningkatkan serangan ke pintu gol Bolton.

Gol kedua Arsenal akhirnya tercipta apabila Theo Walcott melorongkan hantaran lintang ke arah Robin Van Persie dan dengan mudah menolak dengan kaki kiri mudah menewaskan Jaaskelainen. Arsenal terus menggandakan asakan. Lorongan cantik Gervinho kepada Walcott dipersia-siakan apabila rembatan Walcott satu lawan satu berjaya di tepis oleh Jaaskelainen.

Apabila perlawanan dilihat akan berkesudahan dengan 2-0, Alex Song dengan rembatan cantik berjaya mengelirukan pertahanan dan penjaga gol Bolton pada minit ke 89. Hantaran leret yang diberikan oleh Sagna kepadanya tidak dipersia-siakan Song untuk menjadi penjaring untuk Arsenal.

Seharusnya kemenangan 3-0 ke atas Bolton ini menjadi titik permulaan yang mengecewakan Arsenal apabila sebelum perlawanan menduduki tangga ke-16 liga.


KEPUTUSAN PERLAWANAN LAIN
Manchester City 2 - 0 Everton
Chelsea 4 - 1 Swansea
Liverpool 2 - 1  Wolves
Newcastle 3 - 1 Blackburn
West Brom 0 - 0 Fulham
Wigan 1 - 2 Tottenham
Stoke City 1 - 1 Manchester United

0 Komen:

Catat Ulasan