SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

Jangan Jadi Macam Cerita Keldai

♠ Posted by Akmal Zainal in at 12:15:00 PG


“Ada satu kisah yang cukup popular antara si anak, si ayah, dan seekor keldai. Ketika dalam satu perjalanan menuju sebuah destinasi. Si ayah menarik keldai dan si anak menunggang diatas keldai tersebut. Lalu di sebuah kampung. Kemudian orang kampung disitu mengutuk si anak. Kata mereka sepatutnya anak yang menarik keldai dan ayah yang tua itulah menunggang di atas keldai. Si ayah sedih dengan kutukan lalu mengubah kedudukan. Ayahnya menunggang diatas keldai dan anak berjalan kaki menarik keldai tersebut.

Sampai di satu kampung yang lain, orang kampung disitu mengutuk si ayah. Kata mereka, sepatutnya ayah yang menarik keldai dan anak menunggangnya, kerana anaknya masih kecil dan tidak larat. Sekali lagi ayahnya menukar posisi mereka dengan kedua-dua mereka naik menunggang keldai tersebut.

Tiba di satu kampung berlainan, sekali lagi mereka dikutuk oleh penduduk disitu. Kata mereka, si ayah dan si anak itu zalim kerana menyeksa keldai. Sepatutnya salah seorang dari mereka mesti berada dibawah bagi meringankan beban keldai tersebut. Si ayah terus bingung. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk kedua-dua mereka berjalan kaki menarik keldai tanpa seorangpun menunggang keldai tersebut.

Namun, apabila masuk ke kampung berikutnya, sekali lagi mereka dikutuk. Kata penduduk kampung itu, si ayah dan si anak sangatlah tidak cerdik. Apa gunanya membawa keldai. Jika keldai tersebut hanya melenggang tanpa membawa si anak mahupun si ayah menunggangnya. Sekali lagi mereka bingung.



Berdasarkan cerita kat atas, maka kita tahu bahawa pada zahirnya setiap perbuatan kita akan sentiasa diperhatikan oleh orang lain, maka memang lumrah sebagai seorang manusia memang suka mencari keburukan dan memandang serong dengan apa yang orang lain buat. Ada yang meluahkan tanpa usul periksa dan ada juga yang menggunakan akal fikiran untuk melihat dan menilai sesuatu perkara atau kejadian tersebut.

Berdasarkan cerita Si Ayah, Si Anak dan Si Keldai kita nampak lihat apa sahaja perbuatan yang kita buat pasti salah di mata orang walaupun pada hakikatnya kita cuba untuk mengelak dari orang lain berbicara tentang kita, itulah lumrah kehidupan. kita tidak dapat membuat semua orang senang dengan apa yang kita buat. Ini kerana memang kita tidak boleh untuk memberikan semua yang elok di pandangan mata orang lain kerana manusia ini fikiran mereka adalah subjektif, dan bukannya objektif.

Maka hanya kita sendiri tahu apa sebenarnya terbaik pada diri kita, bukan untuk menidakkan apa yang orang kata, namun kita juga harus berfikir untuk diri kita sendiri.

Luqman al-Hakim berkata sesuatu kepada anaknya. “Wahai anakku, sekiranya kamu sentiasa melihat dan mengharap kepada pandangan manusia, tiada apa yang bakal berubah pada keadaannya. Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Sikap manusia tidak akan berasa senang dan gembira dengan orang lain.Orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja dan sesiapa memahami kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu.”Yakinlah akan dirimu sendiri dan setelah dilaksanakan sebaiknya, maka bertawakallah kepada Allah SWT.”

Tidak hairanlah pada masa kini terdapat ramai manusia yang tidak berasa senang dan gembira dengan orang lain. Kita boleh lihat, ada di kalangan rakan-rakan se pejabat yang pada penglihatannya sentiasa 'salah'. Ada sahaja yang tidak kena dan tidak betul.

Tidak hairanlah orang-orang tua dahulu ada mengeluarkan pepetah "Mulut Tempayan sebenar mana pun kita boleh tutup, tetapi mulut manusia tidak".  

Apa yang penting kita tahu apa yang kita buat adalah betul dan tidak memudaratkan diri sendiri.

  

0 Komen:

Catat Ulasan