SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

FM13: Season 12/13 Membawa Perubahan Baru kepada Arsenal

♠ Posted by Akmal Zainal in ,, at 1:24:00 PG

Setelah tirai 2012/13 ditutup, Arsenal dengan megahnya berjaya memenangi dua kejuaraan kali ini. Setelah memenangi EPL di mana masih ada 4 lagi baki perlawanan, Arsenal sekali lagi menunjukkan kemampuan mereka untuk menjuarai Piala FA setelah membenamkan  Bolton 3-1. Dengan kehadiran Manager baru Arsenal yang mempunyai pemikiran kreatif dalam membaca beberapa perlawanan penting mampu membuka mata pasukan-pasukan lain terutamanya dari kelab EPL bahawa Arsenal kini mampu bersaing untuk memenangi kejuaraan Liga.







 Perlawanan yang tidak dapat dilupakan oleh semua peminat, lembaga pengarah, semua jurulatih dan pemain apabila mencapai kemenangan selesa 3-0 ke atas Barcelona di tempat sendiri. Arsenal walaubagaimanapun telah tewas 1-2 di Nou Camp dengan persembahan yang sungguh menarik. Barcelona ternyata lesu di Emirates Stadium dengan hanya berpeluang mencuba 4 tendangan yang kesemuanya tersasar.




Arsenal juga harus berbangga kerana 6 pemain Arsenal dan 5 antaranya merupakan Best 11 EPL player. Wojciech Szczesny,  Laurent Koscielny, Ox-Chamberlain, Podolski dan Walcott merupakan antara 11 pemain terbaik EPL dan Santi Carzola diletakkan sebagai antara pemain terbaik EPL.


Kemenangan Arsenal selaku juara EPL meningkatkan semangat pemain untuk memenangi Piala FA dengan menewaskan Bolton 3-1. Bolton yang sekadar mendapat gol saguhati terpaksa akur dengan kemantapan jentera serangan Arsenal yang tidak putus-putus menyerang dari pelbagai arah.


Menambahkan lagi season gemilang Arsenal apabila Manager mereka, Mohd Nur Akmal telah memenangi Ketua Jurulatih terbaik EPL dan meletakkan pencabar terdekatnya  Roberto Mancini di tempat yang ketiga dan pencapaian Norwich City meletakkan Chris Hughton sebagai pemenang ke-2 Ketua Jurulatih terbaik EPL.


Dengan pencapaian di luar jangkaan itu, Lembaga Pengarah Arsenal telah menawarkan penyambungan kontrak selama 5 tahun lagi sehingga Jun 2018.


 Melengkapkan Season gemilang Arsenal adalah dengan kemenangan kasut emas yang dimenangi oleh Theo Walcott setelah berjaya menjaringkan hat-trick pada perlawanan terakhir EPL meletakkan Theo Walcott sebagai penjaring terbanyak EPL dengan 20 jaringan meletakkan Robin Van Persie di tempat ke-2 hanya dibezakan dengan jumlah permainan Walcott adalah lebih sedikit berbanding Van Persie.



Season 2013/14 diceriakan lagi dengan kehadiran beberapa muka baru dan beberapa pemain terkenal untuk memastikan kejuaraan Liga dapat dikekalkan disamping mencari kemenangan sulung menjuarai Liga Juara-juara buat kali pertama. Arsenal yang tewas kepada Chelsea 2-3 pada perlawanan akhir itu terpaksa akur dengan kekuatan dan perancangan Chelsea yang dilihat lebih tersusun berbanding Arsenal.

0 Komen:

Catat Ulasan