SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

First Original Game - Football Manager 2013

♠ Posted by Akmal Zainal in , at 1:18:00 PG
 Semuanya gara-gara First Release Football Manager kali ini terdapat corrupt dan terlalu banyak yang problem. Disebabkan aku ni peminat Football Manager(FM) sejak FM2010 lagi maka aku tidak boleh menunggu terlalu lama menantikan patch terkini daripada uploader-uploader yang terkemuka.

Berpuas hati dengan features baru dan gameplay FM13 membuatkan aku tidak boleh sabar lagi dan merelakan diriku membeli yang original buat pertama kalinya. Memang duit melayang banyaklah tapi atleast aku memang puas hati boleh main.

Lagipun FM13 kali ni dorang cuma mengeluarkan update secara direct hanya melalui Steam sahaja membuatkan aku terpaksa dan merelakan duitku untuk dilaburkan kepada game yang aku minat ini.

Cover PC DVD Game

So untuk kali ini, yang paling best boleh terus manage 2 team masa mulakan permainan, satu team kelab dan 1 lagi negara. Sebagai rakyat Malaysia yang mahukan kemajuan dalam sukan bola sepak untuk terus maju, aku telah membuat keputusan untuk manage Pasukan Harimau Malaya ataupun Malaysia. Satu lagi aku menggalas tugas sebagai Manager Arsenal disebabkan mahukan Arsenal memenangi sekurang-kurangnya 1 trofi untuk season 2012-13.


Cabaran sebagai Manager Malaysia bermula dengan perlawanan AFC Challange Cup di Macau. Aku telah berjaya membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir bertemu pasukan India. Perlawanan yang berkesudahan 1-0 pada separuh masa pertama membuatkan aku terpaksa memberikan suntikan semangat kepada pemain untuk memenangi kejuaraan kali ini. Kesudahannya, jaringan Amri Yahya dan Sabree Abu lewat perlawanan membuatkan perlawanan Akhir ini terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Senarai Penjaring pada kempen AFC Challenge Cup 2012

Perlawanan Akhir ditentukan dengan sepakan penalti
Namun, nasib tidak menyebelahi Harimau Malaya apabila tewas 4-3 penentuan sepakan penalti. Apa-apa pun setiap pemain telah memberikan yang terbaik sepanjang aksi AFC Challenge Cup 2012 ini.

Sebagai Manager Arsenal, aku telah berjaya membawa masuk Arda Turan dengan perpindahan yang agak besar. Diharapkan kemasukan Arda Turan mampu membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada Arsenal pada season kali ini.

Arda Turan bersama Arsenal



1 Komen:

bro,lu bli yg ori ke?
mna lu dpt game ni?

Catat Ulasan