SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Spain Juara EURO 2012

♠ Posted by Akmal Zainal in at 9:23:00 PG
Hanya memerlukan 90 minit untuk menundukkan pencabar dalam perlawanan akhir bukan sahaja kemenangan mudah tapi berpesta gol menjuari gelaran EURO buat kat ke-2 berturut. Itulah SPAIN.

SPAIN rata-rata dibarisi oleh pemain-pemain muda nampak lebih bertenaga dan lebih kreatif dalam menghasilkan gerakan-gerakan yang mampu mematikan serangan dari Italy. Jaringan pertama Silva pada minit ke-14 meletakkan pasukan Spain di hadapan selepas hantaran Febregas terus di tanduk masuk oleh Silva selepas Fabregas bijak memperdayakan pertahanan dan Buffon.

Selepas itu, Italy dilihat berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan dengan hantaran-hantaran yang bijak ke arah Ballotelli namun mudah dikekang oleh barisan pertahan Spain yang diketuai oleh Pique. Di akhir-akhir babak pertama kelihatan Spain hanya mampu berbekal 1 gol namun serangan balas dan hantaran cantik Xavi ke Jordi Alba yang bijak memperdaya perangkap offside meletakkan Spain mendahului 2-0 pada minit ke-41.

Saingan babak kedua dilihat serangan banyak dibuat oleh Spain pada permulaan babak kedua namun serangan-serangan balas Italy mampu membuatkan jantung penyokong-penyokong Spain berdegup kencang. 10 minit terakhir Spain dan Italy masih lagi 2-0 kemasukan Fernando Torres membawa impak yang besar dalam merubah corak serangan Spain. Jaringan Torres pada minit ke-83 meletakkan Spain terus selesa dihadapan dengan berbaki perlawanan kurang 10 minit.

Dari gol ke-3 Italy kelihatan sudah tidak berdaya lagi menahan asakan dari Spain. hasilnya pada minit ke-88 sekali lagi pintu gol Italy dibolosi dengan gerakan cantik Torres dan hantaran pendek yang bijak mengelirukan Buffon membuatkan Juan Mata mudah melengkapkan malam berbahagia kepada Spain.

Dengan kemenangan malam tadi membuatkan Spain mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki pada 2008. Kemuncak prestasi mereka tidak berhenti di situ sahaja kerana dua tahun kemudian mereka berjaya memenangi Piala Dunia buat kali pertama pada 2010 dan dua tahun kemudian mereka sekali lagi menunjukkan taring mereka apabila mengekalkan kejuaraan Eropah mereka buat kali kedua berturut-turut.

0 Komen:

Catat Ulasan