SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan Perjalanan Pulang (Mac 2011)

♠ Posted by Akmal Zainal in at 12:38:00 PTG
Suasana Ketika Ingin berlepas dari Kota Kinabalu International Airport II

Kepulanganku ke kampung halaman di Negeri Sembilan kali ini bukan hanya mengikut cuti persekolahan. Namun cuti aku kali ini adalah untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru yang akan berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC). Konvokesyen ini merupakan Konvokesyen pertama bagi Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang benar-benar di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tutup dulu cerita pasal konvokesyen kejap, kita sambung perjalananku dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalananku dari Kota Kinabalu hingga ke Kuala Lumpur adalah hujan. Penerbanganku menaiki pesawat AK5123 sampai lebih awal dan kami berlepas dari Kota Kinabalu awal 5 minit dari masa berlepas sebenar iaitu 6.30 petang.

Ketibaanku di LCCT 30 minit lebih awal dari jangkaan masa sepatutnya. Yang menariknya kapal terbang kami tiba kira-kira 5 minit selepas kapal terbang AirAsia yang sebelumnya berlepas pada pukul 6.00 petang.

Suasana di LCCT semasa ketibaanku

Sebaik sahaja menuruni pesawat AK5123 tersebut aku sempat mengambil beberapa gambar pesawat yang aku naiki. Memandangkan aku berada di barisan kerusi paling belakang maka mudahlah bagiku untuk turun lebih awal.
Ni pesawat yang bersebelahan kapal terbang yang aku naiki
AK5123 yang terbaikk!!!!
Sori la gambar goyang la plak time ni. hahaha... apa-apapun sebaik sahaja aku turun aku di ambil oleh ibu bapaku dan terus pulang ke rumah di Negeri Sembilan. Sebaik sahaja aku sampai di rumah perkara yang aku lakukan ialah MAKAN.... HAHAHA!!! OK. Jumpa lagi lain kali ya!!! Callooo Bete!!!

0 Komen:

Catat Ulasan