SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan Perjalanan Pulang ke Semenanjung

♠ Posted by Akmal Zainal in at 2:05:00 PTG
Menu McD yang telah abis di makan di Center Point KK
Hari ini merupakan hari ke-2 aku berada di Kota Kinabalu setelah aku dan rakan-rakan semenanjung bertolak dari Nabawan ke Keningau. Kami kemudiannya menaiki bas dari Keningau ke Kota Kinabalu. Setibanya kami di Kota Kinabalu, kami menginap di One Hotel di persisiran Kota Kinabalu.

Semasa perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu melalui Kimanis. Sempat juga mengambil beberapa gambar yang tidak berapa cun sangat. Maklumlah guna HP murah je.


Setibanya aku menghampiri Kota Kinabalu hari telah senja dan aku merakamkan beberapa gambar yang aku rasakan cantik melalui HP CSL M30i aku.
Matahari Terlindung di balik pokok
Pancaran Matahari Senja di belakang Pokok
Satu lagi gambar yang berjaya dirakam melalui CSL M30i
Gambara terakhir yang dirakam berhampiran dengan laut
Sekarang, aku senang menulis blog di Center Point setelah puas makan McD yang hanya ada di Kota Kinabalu, tiada di Keningau apatah lagi di Nabawan.

0 Komen:

Catat Ulasan