♠ Posted by Akmal Zainal in
Aku Dan Cerita at 3:07:00 PG
|
Bergambar bersama Pensyarah dan rakanku |
Pada 17hb Mac 2011 merupakan tarikh yang paling aku ingati dalam hidupku. Mana tidaknya tarikh ini merupakan tarikh aku disahkan memegang Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujuan Matematik Pendidikan Rendah.
Aku datang ke PICC dan tiba pada 6.40 pagi bersama ahli keluargaku. Aku bersedia lebih awal kerana tidak mahu kelam-kabut untuk menghadapi hari yang penuh bersejarah dalam hidupku ini. Cewahh... cam nak nikah plak ayat tu...hahaha..
|
Bunting Konvokesyen |
Walaupun aku tidak mendapat Kelas Kedua Atas, Kelas Kedua Bawah pun dah cukup bagiku kerana untuk mendapat Kelas Dua Atas perlu sekurang-kurangnya PMGT 3.60. Dari Sem 1 sampai Sem 8 baru sekali rasanya aku mencapai 3.60 ke atas.hehe. So PMGT yang aku dapat cuma 3.38.
|
Beratur sebelum memasuki Dewan Perdana, PICC |
|
Waa...betul ke muka aku masuk Skrin Besar....hahaha |
Perkara yang paling tak disangka adalah gambar kat atas, hehe.. Muke masuk skrin besar 2...hehe.. Mungkin di sebabkan aku dan kawan-kawanku diberikan Ijazah selepas persembahan selingan. Rezekilah katakan. Setelah selesai Instiadat Konvokesyen apa lagi masa untuk mengambil gambar bersama kawan-kawan dan pensyarahlah.
|
Bergambar dengan Sebahagian rakan kelas |
|
Smile...hehe.!!! Sekali mata terpejam plak.. Adeh!! |
Ok. malas nak tulis pepanjang dah ni. lotih dah pakcik... Kojap laie den nak balik Sabah nek kapal torobang pukul limo nak bangkit sobab limo sotongah dah gorak dari umah ke LCCT. Flight den pukul 8 tapi nak simpan barang kat bonet flight tu kono la awal.... Jumpo laie yo...
Sobolum tu den nak pantun dulu ha..
Pocah kaco atas kepalo drebar,
Lopeh baco harap-harap la sebar..
Bukan apo bagi orang len jonguk blog den ni ha...Sebar laman blog den yo bondo-bondo lain tu tak yah sebar-sebar...
Notes: Semua Gambar di ambil dari
Album Facebook Junaidi Jamaluddin
0 Komen:
Catat Ulasan