SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan Kemalangan Pertamaku

♠ Posted by Akmal Zainal in at 11:14:00 PTG
Kecederaan pada bahagian siku selepas kemalangan
Bila lihat balik kepada siku sebelah kananku, terkenang kembali kemalangan pertamaku bersama kenderaanku bernombor plat NCF 3753 iaitu Yamaha Lagenda Z warna biru. Kemalangan ini melibatkan diriku sahaja dan tidak melibatkan mana-mana pihak.

Kejadian ini berlaku kira-kira seminggu sebelum aku menduduki peperiksaan, aku keluar membeli peralatan untuk mempersiapkan menghadapi peperiksaan. Macam biasalah, beli alat-tulis dan sebagainya supaya tiada masalah yang akan aku hadapi ketika menjawab soalan peperiksaan.

Sebaik sahaja membeli alat tulis di Kangar, aku pulang ke IPGku, di selekoh terakhir sebelum memasuki pintu pagar utama IPG aku nampak minyak hasil dari sampah, aku memperlahankan motorku, tidak semena-mena aku hilang kawalan dan terbabas.

Mujurlah tiada pihak lain yang terlibat dalam kejadian tersebut. Seorang pensyarahku bertanyakan keadaanku sebaik sahaja aku terjatuh. Selepas itu aku terus balik ke bilik dan mengubati luka yang aku hadapi, pada mulanya kesan pada sikuku tidak berapa jelas, namun keesokkan harinya kesan jatuh tersebut kelihatan dengan amat jelas sekali.

Kesan selepas beberapa hari terjatuh
Pada malam kejadian aku terasa sakit pada siku dan lututku, apa yang aku mampu lakukan hanya perlu bertahan dan terus bertahan.
Kesan yang aku alami apabila meluruskan tangan
Gambar di atas menunjukkan kesan selepas 3 hari aku mengalami kemalangan tersebut. Lukaku semakin pulih namun kesan pada siku masih lagi tidak lagi hilang. Aku terus-menerus meletakkan ubat agar dapat menghilangkan kesan luka tersebut dengan cepat.

Keadaan selepas 6 hari kemalangan
Gambar kat atas pula menunjukkan kesan luka yang semakin elok. Esoknya aku akan mengambil kertas peperiksaan pertamaku bagi semester terakhirku ini. Selepas 2 minggu barulah kesan luka itu hilang dan tempat-tempat yang luka kembali kepada sedia kala. Terima kasih kepada yang telah memberikan sokongan dan bantuan ketika aku ditimpa musibah.

1 Komen:

Catat Ulasan