Aku kini dalam persediaan terakhir sebelum berangkat ke Negeri Sabah. Bermacan-macam benda aku beli, baju baru, seluar, dan segala-galanya yang penting dan tidak dilupakan sedikit bekalan makanan bagi seminggu. So sebelum aku cerita panjang lebar. Aku ada kisah di sebalik kaitan Perlis dan Sabah.
Pada 2007 (Dah empat tahun cerita ini rupanya), aku bersama coursemate ku membuat kertas kerja bagi Memanjat Gunung Tertinggi di Asia Tenggara ini, siapa yang tahu, bila dikaitkan dengan Sabah pasti orang akan teringat akan GUNUNG KINABALU.
|
Gunung Kinabalu, Sabah |
Projek Course kami di bawah silibus Pengurusan Gerko akhirnya mendapat kelulusan. Sebaik sahaja diluluskan apalagi, Semua AJK termasuklah aku menjalankan tugas masing-masing bagi memastikan perjalanan projek tidak sangkut di tengah jalan.
Setelah tiket di beli, barulah berurusan dengan Pihak yang bertanggungjawab dalam ekspedisi Gunung Kinabalu ini, apa yang kami dapati ialah kami tidak dapat memanjat Gunung Kinabalu kerana full booked pada tarikh tersebut. Kami bermesyuarat dan perjalanan kami tetap diteruskan namun dengan mengadakan aktiviti selain memanjat Gunung Kinabalu.
Masa yang dinantikan telah tiba, disebabkan kami masih lagi bergelar "student" maka kami menaiki kapal terbang dari Johor ke Sabah biarpun tiket ada dari tempat-tempat yang lebih dekat dengan kami. Kami lakukan semuanya adalah kerana ingin menjimatkan kos perjalanan kami. Semua perjalanan dan perbelanjaan adalah tanggungan kami sendiri dan apabila selesai ekspedisi itu nanti kami boleh "claim" kat maktab kami (nama lama bagi IPG).
So kiranya perjalanan aku ke Sabah bukan kali pertama. Walaupun banyak tempat yang aku lawati di sana namun masa yang terlalu terhad menyebabkan kami berpuas hati dengan perjalanan ekspedisi kami ini.
Perjalanan kali kedua ke Sabah kali ini adalah permulaan kerjayaku sebagai seorang pendidik profesional. Ya seorang PENDIDIK PROFESIONAL.