♠ Posted by Akmal Zainal in Aku Dan Cerita,Aku dan Sekolah at 11:50:00 PTG
Kalau di sekolah-sekolah bandar, sasaran 5A dalam UPSR adalah yang utama. Namun tidak bagi sekolah-sekolah pedalaman yang kekurangan dari segala aspek antaranya kemudahan infrastuktur, mentaliti pelajar sendiri, mentaliti ibubapa dan banyak lagi. Bagi sekolah-sekolah pedalaman memastikan murid-murid lulus dalam semua subjek adalah lebih penting namun apabila ada pelajar yang mendapat 5A merupakan BONUS kepada para pendidik di sekolah tersebut.
So UPSR sudah seminggu berlalu, debaran yang kini muncul adalah keputusan yang bakal di terima oleh murid. Secara tidak langsung memberikan impak kepada pencapaian murid dan guru di sekolah tersebut. Apa yang dilakukan oleh murid-murid tahun 6 sekarang dan apa yang berlaku kepada murid-murid tahun 5 sekarang? Kita sendiri fikir dan nilaikan kembali.
Menunggu keputusan yang terbaik dari pelajar-pelajar bagi meningkatkan moral setiap pelajar di masa akan datang dan juga memantapkan lagi teknik-teknik kepada guru-guru untuk memastikan murid-murid benar-benar berjaya di dalam kehidupan.
Bulan November merupakan bulan penentu segalanya. Dua bulan dari sekarang kita akan lihat hasil semaian yang selama 6 tahun di tanam, di baja dan di jaga dengan baik.
0 Komen:
Catat Ulasan