♠ Posted by Akmal Zainal in Aku Dan Cerita at 8:40:00 PTG
Fuhhh!!! (Bukan Rancangan Hiburan yang dikendalikan oleh Awal Ashaari ok!). Dah lama aku tak update ini A&D3 ni. Sibuk menguruskan segalam persiapan untuk aku berangkat ke Nabawan. Daerah baruku ini. Nabawan merupakan nama yang tidak pernah ku dengar sebelum ini, namun disebabkan tugasku kepada anak-anak Malaysia, nama Nabawan akhirnya wujud dalam kamus hidupku.
Biarlah aku cerita bagaimana aku rasa bila aku tahu aku akan dipostingkan di Nabawan, Sabah. Ini semuanya lahir dalam diriku tidak ada rekaan mahupun cereka yang aku sengaja buat untuk mengedapkan penceritaanku.
Kebiaasaannya bila aku ingin mencari sesuai aku akan berjumpa ENCIK GOOGLE, daripada carian yang aku dapat amatlah sedikit berkaitan Nabawan. Kebanyakan laman yang aku pergi semuanya tidak diterangkan secara detail mengenai Nabawan mahupun sekolah-sekolah rendah di Nabawan.
Cari punya cari punya cari, akhirnya dapatlah lah jugak aku tahu serba sedikit mengenai Nabawan dan Sekolah Rendah di Nabawan. Nabawan ni terletak di berhampiran dengan Keningau dan Tenom. Pekan Nabawan tidak sebesar pekan Kuala Pilah apatah lagi Daerah Pekan (Pahang). Info yang aku dapat cuma pada tahun 2008-2009 tiada maklumat terkini mengenai perkembangan dan pembangunan di Nabawan.
Nabawan mempunyai 3 sekolah menengah dan lebih kurang 24 buah sekolah rendah. Bila melihat peta pekan Nabawan tu aku gusar jugak kalau-kalau susah nak keluar dari sekolah ke pekan. Harap-harap dapatlah sekolah berdekatan dengan pekan Nabawan pun jadilah. Asal senang untuk aku membeli barang-barang keperluan harianku di sana kelak.
0 Komen:
Catat Ulasan