♠ Posted by Akmal Zainal in Aku Dan Cerita at 1:54:00 PG
Aku akan mula terbang ke Sabah... |
Dalam diriku ini bermacam-macam perasaan yang timbul. Sedih sebab akan meninggalkan keluarga tercinta sekali lagi. Dahulunya aku meninggalkan Sikamat untuk menuntut ilmu perguruan selama 5 tahun setengah. Namun kali ini, aku tidak tahu berapa lamakah aku akan berada di Sabah, mungkin setahun, dua tahun atau bertahun-tahun lamanya.
Sebelum aku menjejakkan kaki ke Bumi di Bawah Bayu ini aku sudah berazam dan membulatkan tekadku untuk menunjukkan kepada seluruh warga Malaysia bahawa profesion perguruan sekarang ini seharusnya dilabel salah satu profesion yang profesional dan di segani. Aku dan rakan-rakanku merupakan anak sulung keluaran Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru memegang ijazah yang dikeluarkan oleh BPG. Walaupun lebih banyak perit daripada manis sebagai anak sulung ini namun aku dan rakan-rakanku amat kuat untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa kamilah guru masa depan dan harapan baru negara.
Aku berterima kasih kepada IPG Perlis kerana telah mendedahkanku kepada senario sekolah di pedalaman. Walaupun aku hanya tinggal seminggu di sekolah pedalaman di Sungai Siput, aku berasa bangga dan kagum melihat semangat para guru dan kakitangan sekolah dalam mendidik anak-anak Malaysia tidaka kira walaupun yang di ajar bukanlah sebangsa dan seagama.
Debaran semakin kencang dikala aku akan menaiki kapal terbang MAS tidak sampai 8 jam dari sekarang, aku akan mula meninggalkan semenanjung untuk ke Sabah.
Sabah... Nantikan kehadiranku...
0 Komen:
Catat Ulasan