SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku Dipostingkan di Sabah

♠ Posted by Akmal Zainal in at 2:58:00 PTG
DARI PERLIS SAMPAI LAH KE SABAH
KITA SUDAH MERDEKA
NEGARA MAJU RAKYAT MEWAH
KITA SUDAH BERJAYA
 Inilah rangkap kata yang pertama keluar dari otak fikiran aku apabila aku telah ditempatkan di Negeri Sabah di bawah Bayu. Ada sapa-sapa tak ingat rangkap kata lagu ni.

Bila dapat je tau aku akan dipostingkan di SABAH, ramai jugak member-member yang tanya dan berkata. Antara yang popular aku tunjukkan di sini.
1. Wa...Jauh tu, kaya la ko lepas ni yer.
2. Mak ai, Apo la dokek sangat tompek ko ngajar tu? Tak do yang dokek laie ko?
3. Tahniah, pastikan bertugas dengan berdedikasi.
4. Takpe la..dah dapat sana timba pengalaman dulu banyak-banyak.
5. Muda-muda tak pe merantau lagi. Boleh timba banyak ilmu pengetahuan.

Begitulah serba sedikit komen-komen dari rakan-rakanku dari sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah, tidak dilupakan jua cikgu sekolah yang telah aku jalani praktikum dan internship.

Sabah.. Tunggu kehadiranku

Tapi bagi aku aku tak berapa nak kisah sangat sebab kena hantar ke sana. Bukan apa kan sebelum tandatangan kontrak masa belajar dulu "SAYA BERSEDIA DITEMPATKAN DI MANA-MANA SAHAJA TANPA SEBARANG RAYUAN". So dengan kata tersebut aku pergi ke Sabah dengan hati yang 1001 rasa, sebab tak tau lagi keadaannya macam mana.

Kawasan aku dipostingkan? Nak tau ke kat mana? Nantilah aku cerita.

2 Komen:

Akmal masih d nabawan? Sy nk tau mcmana nk ke ppd nabawan dr KKIA

Maaf Tanpa Nama.

Untuk datang ke Nabawan.
Dari KKIA ambil teksi airport ke Padang Merdeka ataupun sebut sahaja Station untuk pergi Keningau.

Dari situ naik Bas atau Bas Mini ke Keningau.

Jika naik bas mini minta berhenti di perhentian untuk ke Nabawan.

Jika Tanpa Nama adalah guru yang ditugaskan ke sini ada pengangkutan disediakan oleh PPD dari KKIA ke Nabawan.

Catat Ulasan