SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

Benarkah Bela Kucing Antara Punca Tidak Boleh Mengandung?

♠ Posted by Akmal Zainal in , at 1:50:00 PTG

Semalam semasa aku lepak-lepak kat kantin SMK, ada sorang member aku bagitau "Kalau Bela Kucing Kita Susah Nak Mengandung". Bila diberikan contoh-contoh beberapa keluarga yang membela binatang ini ternyata mereka masih lagi susah untuk mendapatkan zuriat. Adakah ini semuanya hanya sekadar kebetulan atau memang ada faktanya. Maka hari ini aku akan cuba mengupas sedikit antara kucing dan mengandung ini.

Toxoplasmosis merupakan penyakit yang jarang berlaku oleh parasit yang akan menyebabkan kecacatan yang serius kepada kelahiran bayi. Antara agen penyebab toxoplasmosis ini adalah dari najis kucing. Kucing mendapat Toxoplasmosis disebabkan oleh makan daging mentah yang tercemar, burung, tikus atau tanah. Tetapi harus diingat bahawa bukan kucing sahaja merupakan agen yang membawa penyakit ini, ianya juga boleh dihidapi apabila makan daging yang dijangkiti dengan masak makanan yang tidak cukup masak.

Jangkitan Penyakit

Wanita yang hamil juga harus berjaga-jaga kerana jangkitan ini mampu menyebabkan bayi yang mereka kandung dijangkiti oleh Toxoplasmosis di dalam uterus dan boleh membawa kepada keguguran atau kecacatan ketika lahir.

Cara Mengelakkan Jangkitan

Walaupun tidak mungkin seseorang wanita itu menghidap Toxoplasmosis dari kucing belaan mereka, adalah lebih baik untuk berhati-hati. Antara cadangan yang boleh membantu pembela kucing untuk mengurangkan risiko Toxoplasmosis ini adalah:
  • Elakkan makan daging kurang masak.
  • Cuci semua sayur-sayuran yang dimasak dengan teliti.
  • Basuh semua papan memotong dan perkakas yang mungkin telah bersentuhan dengan daging sebelum menggunakannya.
  • Pakai sarung tangan apabila bercucuk tanam. Jika sarung tangan tidak dipakai, tangan perlu dibasuh dengan bersih.
  • Minta bantuan pasangan, rakan atau jiran untuk membantu anda ketika ingin membuang sampah semasa anda hamil.
  • Jika anda tidak mempunyai pembantu untuk membersihkan tong sampah, pakai sarung tangan getah apabila membersihkannya dan basuh tangan anda dengan bersih setelah selesai mencuci.
  • Pastikan tempat pembuangan najis kucing anda dibersihkan setiap hari. 

 Berdasarkan maklumat di atas adalah tidak salah jika seorang penggemar kucing untuk membela kucing, namun harus meningkatkan kebersihan kucing peliharaan mereka agar tidak dijangkiti Toxoplasmosis ini. Ianya bukan sahaja membahayakan kesihatan anda, namun akan menyebabkan kesan yang negatif kepada anak yang dikandungkan.

Tapi benarkah, apabila kita membela kucing kita sukar untuk mendapatkan zuriat? Ini masih lagi menjadi persoalannya..

Kita semua sedia maklum bahawa kucing amat disukai oleh Rasullullah dan sahabatnya. Masih tiada bukti saintifik yang mengkaitkan kesuburan wanita berhubungkait dengan membela binatang. 


AD3: Konpius...konpius...








0 Komen:

Catat Ulasan