SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

Aku Suka Jadi Cikgu....

♠ Posted by Akmal Zainal in at 9:21:00 PTG



Benarlah orang pernah berkata, tidak kenal maka tidak cinta. Samalah seperti aku, tidak pernah tahu karier seorang guru. Aku dikelilingi oleh orang bernama guru sejak aku mula menimba ilmu di Tadika Kemas. Kemudian aku memulakan alam persekolahan di Sek. Keb. Seri Kelana. Setelah enam tahun aku menimba ilmu di sana kemudiannya aku ditempatkan di Sek. Men. Keb. King George V, Seremban selama hampir sebulan. Sebaik sahaja menerima tawaran masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Serting, aku gagahi untuk menimba ilmu di sana selama 5 tahun. Sebaik mendapat keputusan SPM aku menimba ilmu di Matrikulasi Gambang, Pahang dan sebelum kemudian menerima tawaran menimba ilmu perguruan di Maktab Perguruan Perlis (kini dikenali Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis) selama 5 tahun setengah.

Begitulah perjalananku sejak aku mula menimba ilmu ketika usiaku 5 tahun dan menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPGM Kampus Perlis ketika usiaku 23 tahun. Selama 17 tahun aku menimba ilmu bohonglah aku katakan aku tidak duduk dikelilingi oleh guru-guru. hehe...

So, sekarang ni aku nak cerita macamana aku boleh timbul minat dan mula mencintai karier sebagai seorang pendidik. Memang tidak aku nafikan pada mulanya cita-citaku adalah menjadi seorang engineer yang berjaya. Namun atas cadangan ibuku untuk menceburi bidang pendidikan dan dikuatkan dengan beberapa faktor yang mendorong akhirnya aku dengan berat hati mendaftarkan diri dan memulakan hidupku sebagai seorang bakal pendidik.

Semasa aku di foundation, memang tidak terasa langsung aku ni akan bergelar seorang guru, ini disebabkan semua subjek adalah sama seperti di matrikulasi, so memang tidak lagi didedahkan dengan jati diri menjadi seorang guru. Orang kata sipi-sipi tu adalah sikit tapi tak diketengahkan secara langsung.


Habis foundation selama 3 semester aku mula menjadi penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Ketika ini barulah asas-asas kepada pengenalan seorang guru diperlihatkan sedikit demi sedikit. Pada ketika ini aku masih lagi kabur-kabur tentang apa itu seorang guru dan bagaimana untuk mendidik seorang murid menjadi insan yang berguna.

Aku mula mencintai kerjaya sebagai seorang guru semasa aku berada di Semester ke-5, setelah aku menghabiskan masa selama 3 tahun (termasuk foundation). Ianya bermula apabila aku memulakan hidupku praktikal di Sek. Keb. Santan, Perlis. Aku lihat semua guru amat baik menerima aku dan kawanku yang telah ditempatkan di sekolah itu selama sebulan. Mereka tidak putus-putus memberikan galakan dan tunjuk ajar ketika aku memerlukan. Memang ternyata mereka benar-benar menarik minatku mencintai kerjaya seorang guru. Tidak cukup dengan itu, aku mula mempelajari bagaimana untuk bertindak sebagai seorang guru dan bagaimana untuk menangani pelbagai masalah yang berkaitan dengan murid dan sekolah.


Dan dari semester ke semester sehinggalah aku menamatkan pengajianku sebagai seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan minatku terhadap kerjaya seorang guru semakin mendalam dan aku benar-benar bersedia mendidik anak muridku untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

0 Komen:

Catat Ulasan