SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

Montpellier vs Arsenal - Preview Perlawanan

♠ Posted by Akmal Zainal in
 Pagi ni tirai UEFA Champion League akan bermula, pada perlawanan pertama ini, Arsenal akan bertemu pasukan dari Juara Liga Perancis musim lalu. Yang menjadi menariknya ialah Olivier Giroud akan bertemu kelab lamanya pada perlawanan ini. Giroud telah membantu Montpellier untuk menjuarai Liga Perancis dan Arsene Wenger terus menghidu sentuhannya lalu menawarkan perpindahan yang menarik dan akhirnya Giroud bersetuju untuk menyarung jersi Arsenal pada musim ini. Hari ini, Giroud akan kembali ke tempat lamanya namun berkunjung sebagai pasukan pelawat. Giroud sudah menyatakan bahawa dia...

Crawl One More Step

♠ Posted by Akmal Zainal in ,
How about my blog look like now? (Speaking London la plakkan...hehe). Masa cuti 3 hari ni aku gunakan sepenuhnya untuk mencari features baru untuk blog aku yang lama sudah tidak di touch up. Ada beberapa features yang aku telah masukkan dalam blog ini, antaranya ialah: 1. Wibiya Widget Aku mula-mula tengok Wibiya Widget ini dekat satu website tu. Nak pasang widget ni pun senang je, just korang paste code kat Add Widget lepas tu korang editlah berapa banyak yang korang nak taruk dalam widget tu kat page dorang. So simple. Korang boleh tengok widget tu kat bawah blog ni. 2. Replace ShoutBox...

Selamat Hari Malaysia

♠ Posted by Akmal Zainal in ,
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada...

Facebook Komen Sudah Ada

♠ Posted by Akmal Zainal
Bagi meningkatkan lagi feed dan komen di dalam blog ini, aku telah memasukkan facebook message ke dalam blog ini. Diharapkan agar anda bebas membalas apa sahaja yang terlintas di fikiran anda. Komenlah dengan Nada yang berhemah dan menggunakan minda sedar anda. Jangan jadikan ia sebagai satu tempat untuk bertekak, bergaduh dan mengkritik satu sama lain. Anda juga tidak dibenarkan komen yang bersifat perkauman, sentimen menghina agama lain, bangsa dan apa sahaja yang boleh mengguris hati apabila di baca. Ingatlah bahawa SETIAP KOMEN ANDA ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI. Saya juga telah membuka komen di blog ini secara terbuka, setiap komen anda terus di postkan ke dalam blog ini, setiap apa yang berlaku adalah tanggungjawab si Penulis dan bukannya Pemunya blog. Jika didapati komen anda berunsurkan tidak sihat, bersifat perkauman, menghina agama, dan bangsa-bangsa lain secara automatik akan di padamkan serta merta. Diharapkan anda semua gembira melayari blog ini. T...

Benarkah Bela Kucing Antara Punca Tidak Boleh Mengandung?

♠ Posted by Akmal Zainal in ,
Semalam semasa aku lepak-lepak kat kantin SMK, ada sorang member aku bagitau "Kalau Bela Kucing Kita Susah Nak Mengandung". Bila diberikan contoh-contoh beberapa keluarga yang membela binatang ini ternyata mereka masih lagi susah untuk mendapatkan zuriat. Adakah ini semuanya hanya sekadar kebetulan atau memang ada faktanya. Maka hari ini aku akan cuba mengupas sedikit antara kucing dan mengandung ini. Toxoplasmosis merupakan penyakit yang jarang berlaku oleh parasit yang akan menyebabkan kecacatan yang serius kepada kelahiran bayi. Antara agen penyebab toxoplasmosis ini adalah dari najis...

Aku Suka Jadi Cikgu....

♠ Posted by Akmal Zainal in
Benarlah orang pernah berkata, tidak kenal maka tidak cinta. Samalah seperti aku, tidak pernah tahu karier seorang guru. Aku dikelilingi oleh orang bernama guru sejak aku mula menimba ilmu di Tadika Kemas. Kemudian aku memulakan alam persekolahan di Sek. Keb. Seri Kelana. Setelah enam tahun aku menimba ilmu di sana kemudiannya aku ditempatkan di Sek. Men. Keb. King George V, Seremban selama hampir sebulan. Sebaik sahaja menerima tawaran masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Serting, aku gagahi untuk menimba ilmu di sana selama 5 tahun. Sebaik mendapat keputusan SPM aku menimba ilmu...

UPSR : Kini tibalah masanya....

♠ Posted by Akmal Zainal in ,
Hari ini bermula sudah perjuangan anak didikku yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dengan bilangan tentera yang sedikit (seramai 7 orang) so diharapkan agar semua boleh mencapai kejayaan yang paling cemerlang dan mampu membanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah dan masyarakat. Berjuanglah wahai anak didikku, Ku ihlaskan segala ilmu-ilmu yang Cikgu berikan supaya ilmu itu mudah mengalir dan diingat oleh kalian semua. Luahkan segala ilmu-ilmu yang telah kalian pelajari supaya beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.. GOOD LUCK!!!...