SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

Perjalanku Bermula

♠ Posted by Akmal Zainal in at 8:07:00 PTG

Aku sekarang berada di Kota Kinabalu International Airport 2. Perjalanan pulang ke lampung halaman sempena hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Permulaan yang berliku bermula apabila tayar belakang keretaku pancit. Dibantu oleh pengawal keselamatan akhirnya berjaya aku tukar bersama-samanya. Apabila pergi tampal tayar didapati tayar agar besar berlubang. Terpaksalah tampal dari dalam.

Hari ni aku berbuka puasa di dalam kereta. Al maklumlah perjalan dari Keningau ke Kota Kinabalu mengambil masa yang lama hampir 2 jam setengah. Maka berbuka puasalah aku di dalam kereta.

Sekarang... Setelah menunaikan segala kewajipan ke atasku aku menunggu hampir 3 jam lagi untuk menunggu flight yang di jangka berlepas pada 11.20 mlm ini..

Yang mampu aku buat sekarang hanya perlu menunggu sehingga tibanya waktu..

0 Komen:

Catat Ulasan