SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

16 Ramadhan 1433H

♠ Posted by Akmal Zainal in , at 1:05:00 PTG

Sedar tak sedar kita dah separuh perjalanan di bulan Ramadhan ini. So tinggal kurang 15 hari sahaja lagi untuk kita menambahkan amal kebaikan di bulan penuh keberkatan ini.

Ramadhan kali ini banyak memberi erti kepada aku sebagai seorang perantau di negeri orang. Terlalu banyak jurang perbezaan jika ingin dibandingkan antara negeri-negeri di semenanjung dan negeri-negeri di sebelah timur Malaysia.

Kebanyakan kita di Semenanjung adalah golongan yang dilahirkan di dalam Islam, dibesarkan di dalam Islam namun di Sabah ini dirasakan lebih ramai yang baru mengenal apa itu Islam. Tugas sebagai guru bukan sahaja terletak pada proses Pengajaran dan Pembelajaran sahaja namun lebih kepada membimbing sekeliling kita dengan cara yang lebih berhikmah.

Di Semenjung kebanyakan kita bergaul dengan orang Islam, maka bulan Ramadhan tidak mempunyai banyak masalah kerana rakan-rakan kita semua berpuasa juga. Namun di sini, kita berkawan dengan pelbagai agama lain namun apa yang membanggakan mereka menghormati kita sebagai seorang Islam yang menjalankan ibadah puasa. Kita sebagai Seorang Islam seharusnya menunjukkan nilai yang terbaik supaya Islam dipandang tinggi oleh orang lain dan tidak menganggap Islam menyekat kebebasan umatnya...


0 Komen:

Catat Ulasan