SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

Perjalanku Bermula

♠ Posted by Akmal Zainal in

Aku sekarang berada di Kota Kinabalu International Airport 2. Perjalanan pulang ke lampung halaman sempena hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Permulaan yang berliku bermula apabila tayar belakang keretaku pancit. Dibantu oleh pengawal keselamatan akhirnya berjaya aku tukar bersama-samanya. Apabila pergi tampal tayar didapati tayar agar besar berlubang. Terpaksalah tampal dari dalam.

Hari ni aku berbuka puasa di dalam kereta. Al maklumlah perjalan dari Keningau ke Kota Kinabalu mengambil masa yang lama hampir 2 jam setengah. Maka berbuka puasalah aku di dalam kereta.

Sekarang... Setelah menunaikan segala kewajipan ke atasku aku menunggu hampir 3 jam lagi untuk menunggu flight yang di jangka berlepas pada 11.20 mlm ini..

Yang mampu aku buat sekarang hanya perlu menunggu sehingga tibanya waktu..

Testing post with Blogaway

♠ Posted by Akmal Zainal in


Post di mana-mana.

Sekarang ini dunia tanpa sempadan so penggunaan smart phone adalah penting supaya kita boleh memaksimumkan penggunaan kita menggunakan smart phone.

Terdapat banyak smart phone dijual dengan pelbagai harga dan saiz mengikut kemampuan dan kehendak kita semua.

16 Ramadhan 1433H

♠ Posted by Akmal Zainal in ,

Sedar tak sedar kita dah separuh perjalanan di bulan Ramadhan ini. So tinggal kurang 15 hari sahaja lagi untuk kita menambahkan amal kebaikan di bulan penuh keberkatan ini.

Ramadhan kali ini banyak memberi erti kepada aku sebagai seorang perantau di negeri orang. Terlalu banyak jurang perbezaan jika ingin dibandingkan antara negeri-negeri di semenanjung dan negeri-negeri di sebelah timur Malaysia.

Kebanyakan kita di Semenanjung adalah golongan yang dilahirkan di dalam Islam, dibesarkan di dalam Islam namun di Sabah ini dirasakan lebih ramai yang baru mengenal apa itu Islam. Tugas sebagai guru bukan sahaja terletak pada proses Pengajaran dan Pembelajaran sahaja namun lebih kepada membimbing sekeliling kita dengan cara yang lebih berhikmah.

Di Semenjung kebanyakan kita bergaul dengan orang Islam, maka bulan Ramadhan tidak mempunyai banyak masalah kerana rakan-rakan kita semua berpuasa juga. Namun di sini, kita berkawan dengan pelbagai agama lain namun apa yang membanggakan mereka menghormati kita sebagai seorang Islam yang menjalankan ibadah puasa. Kita sebagai Seorang Islam seharusnya menunjukkan nilai yang terbaik supaya Islam dipandang tinggi oleh orang lain dan tidak menganggap Islam menyekat kebebasan umatnya...


A&D3 - Konspirasi Illuminasi, Zionis dan Freemason di sebalik Olimpik 2012

♠ Posted by Akmal Zainal in ,
Logo Rasmi Sukan Olimpik

Kita tahu, bahawa sukan olimpik yang diadakan setiap 4 tahun merupakan sukan terbesar di dunia. Negara kita juga turut diwakili oleh atlit-atlit pelbagai jenis sukan untuk merebut sebutir emas yang amat berharga ini. Namun, sekarang ni, kehangatan Sukan Olimpik yang sedang hangat berlansung ini ditambahkan lagi ancaman keselamatan ke atas Stadium Olimpik, London dan Jam besar di London, iaitu Big Ben.

Mari kita rungkaikan satu persatu apakah konspirasi yang dikaitkan dengan sukan olimpik 2012 kali ini. Apabila kita melihat kepada Logo Sukan Olimpik 2012, ianya kelihatan seperti puzzle yang apabila di susun akan membentuk sesuatu.
Logo Olimpik London 2012

Bagi mata kasar kita memang tiada sebarang tafsiran, dan kita hanya nampak 2012 di dalam logo ini dan ia merupakan tahun sukan olimpik ini diadakan. Tahukah kita sebenarnya ia lebih dari itu?
Cuba lihat gambar di bawah ini pula?

Apabila ianya disusun, rupa-rupanya membentuk satu abjad baru iaitu Zion. Zion ini lebih tertumpu kepada Yahudi Zionis. Mungkinkah ini hanya sekadar kebetulan? OK.. Kita tinggalakn logo buat sementara.

Mari kita lihat pula pada Stadium Olimpik London, memang dari jauh kita tidak nafikan betapa gahnya stadium ini, tapi cuba kita lihat betul-betul kepada bentuk lampu limpahnya. Membentuk Segi Tiga dan ada cahaya di puncaknya, sama seperti gambaran Illuminasi yang terdiri daripada piramid bermata satu itu..


Lihat gambaran lampu limpah dari sebelah dalam stadium ini? Adakah ianya memang hanya kebetulan?



Kita boleh lihat sendiri betapa kreatifnya mereka dalam membina bangunan-bangunan yang menunjukkan mercu tanda mereka. Apabila kita tafsirkan kembali dan kita anggap lampu limpah adalah sinaran, dan sinaran itu merupa mata. dan yang segi tiga itu merupakan piramid yang menyokong mata di atas.

Kita lihat pula pada maskot Sukan Olimpik:


Daripada keterangan di atas jelas kita nampak Sukan Olimpik 2012 merupakan agenda tersembunyi mereka. Banyak lagi perkara-perkara berkaitan Illuminati, Zionis dan Freemason disebalik Sukan Olimpik 2012.

Kredit: FIZGRAPIC.COM