SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Karipap-karipap Cinta [Filem Review]

♠ Posted by Akmal Zainal in at 9:34:00 PTG
Poster Filem Karipap-Karipap Cinta

Pengarah : Othman Hafsham
Penulis Skrip: Nazri M. Annuar
Penerbit: Cinematic Sdn. Bhd.
Bahasa : Malay
Genre : Romance, Comedy
 Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan : 31 August 2011
Durasi : 110 mins
Audio : Stereo
Pelakon: Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Eman Manan, Sani Sudin, Rosnah Johari, Patrick Teoh, Chef Wan, Ery Zukhairi

SINOPSIS KARIPAP-KARIPAP CINTA
Ali (Gambit Saifullah) adalah seorang pemuda yang sopan dan baik hati namun tidak bercita-cita tinggi dan kurang motivasi. Ali bekerja di sebuah syarikat penerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya sebagai jurufoto yang mengambil gambar tempat-tempat yang kelihatan seram dan memanipulasi gambar-gambar tersebut seolah-olah kelihatan berhantu. Ali jatuh hati pada Sarah (Melia Aimellia), yang bekerja sebagai kartunis di syarikat yang sama. Dalam satu kejadian ragut, Ali bertidak menjadi hero untukmenyelamatkan Sarah, tetapi terpaksa diselamatkan pula oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali yang mendapat tahu yang Sarah adalah lulusan Universiti Al-Azhar berbohong bahawa dia juga adalah graduan universiti yang sama dalam usaha untuk memikat Sarah.

Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Datuk Razali mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau. Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut. Setelah mengetahui akan keinginan bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat memecah masuk ke rumah bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat Sarah terkabul? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar?

PENDAPAT AKU:

Untuk filem Karipap-karipap Cinta ni aku tak berkesempatan untuk menonton di pawagam. So kena tunggu Astro First la jawabnya. Jalan cerita filem ini agak rata dan mendatar, tiada apa yang begitu menarik bagi filem ini. Dengan menggandingkan Gambit Saifullah dan Melia Aimellia mungkin tidak dapat menghangatkan filem ini.

Bila menonton filem ini di dapati memang menghambarkan dan mungkin tidak layak bergelar Filem, telemovie barangkali lebih sesuai kepada filem ini. Tak dapat nak memberikan komen yang banyak pasal filem ini kerana tak tahulah apa yang tak kena dengan filem ini. Tidak serangup karipapnya.

Komen mengenai aksi-aksi lakonan pelakon utama, di dapati Gambit dan Melia berjaya membawa watak masing-masing, namun mungkin keayuan Melia dalam filem ini dapat mengubat sedikit rasa boring menonton filem ini.

So kepada sesiapa yang nak layan filem ni kat Astro First boleh lah. Kalau tak pun tunggu je DVD yang akan dikeluarkan.


RATING FILEM: 2/5

0 Komen:

Catat Ulasan