♠ Posted by Akmal Zainal in Aku Dan Cerita at 8:41:00 PG
Pada 3 April 2013, setelah genap 4 tahun Dato' Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia, secara rasminya pembubaran parlimen telah dibuat. Setelah sekian lama rakyat Malaysia menantikan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) akhirnya PRU13 akan menjelma tidak berapa lama lagi.
Rakyat Malaysia akan keluar mengundi bagi menentukan siapakah yang bakal menerajui negara pada penggal baru ini. Adakah Barisan Nasional yang dipimpin oleh Dato' Seri Najib Razak akan meneruskan legasi Barisan Nasional selama lebih 55 tahun atau rakyat Malaysia akan memilih kepimpinan baru yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Pada PRU13 kali ini dilihat saingan amat sengit bagi menentukan kepimpinan baru Malaysia. Pada PRU13 kali ini dilihat terdapat dua parti besar yang bersaing untuk menerajui Malaysia buat penggal baru ini, pertandingan 2 penjuru di antara calon BN dan PR akan mewarnai PRU13 kali ini.
Kedua-dua parti besar ini sudah membentangkan manifesto mereka kepada rakyat dan kini terpulang kepada rakyat untuk menilai yang manakah terbaik untuk diri mereka, keluarga dan masyarakat sekitar mereka. Setiap undi rakyat Malaysia adalah penting dan diharapkan agar semua pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan turun mengundi pada PRU kali ini.
Sebelum kita mahu memilih calon tersebut, kita seharusnya tahu bahawa setiap undian kita akan membawa perubahan kepada negara, terpulanglah kepada kita sama ada mahu mengekalkan BN ataupun mahu berubah kepada PR. Ingatlah, UNDI ANDA ADALAH RAHSIA.
Kepada pengundi baru yang pertama kali mengundi, lihatlah video-video di Youtube bagi memastikan hak anda sebagai pengundi dilindungi dan tidak ada sebarang catatan ke atas kertas undi anda mahupun senarai pengundi pada nama anda tidak tercatat apa-apa nota bagi melindungi undian anda.
0 Komen:
Catat Ulasan