SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

BAJET2013: Pakej Komuniti Belia, Rebat RM200

♠ Posted by Akmal Zainal in , at 8:34:00 PTG

Tahun 2013 akan tiba beberapa hari lagi, beberapa hari lepas, SKMM telah mengeluarkan beberapa syarat untuk belia yang ingin memohon REBAT RM200 ini.


Yang paling mengejutkan belia-belia Malaysia adalah syarat (c) yang berbunyi "Model telefon pintar 3G yang ditawarkan dengan harga maksimum RM500". Dengan ada syarat tersebut berkuburlah impian semua belia-belia yang mendambakan telefon pintar ribuan ringgit dengan harapan dengan adanya rebat RM200 boleh mengurangkan sedikit harga telefon tersebut dari RM1200 kepada RM1000 sahaja.

Yang tersirat telah tersurat, SKMM telah mengeluarkan senarai telefon pintar yang ada di dalam pakej ini. Antaranya ialah:
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2

3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790
Note:
1) Senarai di atas adalah pada 26 Disember 2012 dan senarai model akan dikemaskini dari semasa ke semasa di dalam laman web Pembekal Perkhidmatan;
2) Jenama dan kuantiti yang ditawarkan mungkin berbeza di antara pembekal perkhidmatan.


SUMBER: SKMM WEBSITE

Pra-pendaftaran boleh dibuat mulai 1 Januari 2013 di LAMAN WEB SKMM

Carta Alir semasa membeli telefon pintar dengan rebat RM200 adalah seperti berikut:

Soalan-soalan lebih lanjut mengenai pakej ini anda boleh LIHAT DI SINI

 Rasanya sudah cukup untuk memberi keterangan kepada belia-belia.


Tapi pada pendapat aku, kerajaan boleh mengira cadangan daripada semua rakyat Malaysia dinaikkan harga minimum bagi sebuah telefon pintar dari RM500 kepada RM1000. Mungkin lebih banyak pilihan yang terkini dapat dibeli dan dirasai oleh belia-belia. Bak orang kata win-win situation.


Update Terkini:
Tiada had maksimum untuk pembelian sebarang telefon pintar. Ini bermakna semua jenis telefon pintar boleh dibeli dengan mendapat rebat RM200 ini.

Sekian 



2 Komen:

How if i forget to print out the slip, where can i check it back, thanks

19. S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapa patut saya tujukan?

J: Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040
(Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.

http://nbi.skmm.gov.my/PKB_FAQ.htm

Catat Ulasan