SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Final EURO 2012: Spain atau Italy

♠ Posted by Akmal Zainal in , at 8:11:00 PTG

Pagi ini 2hb July 2012, 2.45 pg waktu Malaysia akan berlansungnya perlawanan yang telah dinanti-nantikan selama sebulan iaitu Perlawanan Akhir antara Spain dan Italy.

Pada awalnya, ramai yang mengatakan bahawa Final EURO 2012 antara Spain dengan Germany namun akibat kekalahan Germany ke atas Italy pada separuh akhir membuatkan aksi perlawanan akhir lebih hebat dari di sangkakan.

Dengan kebangkitan Balotelli yang menjaringkan 2 gol semasa menentang Germany membuka mata ramai pihak terutamanya lawan mereka di perlawanan akhir, Spain. Italy dibarisi oleh pemain-pemain yang perbagai usia membuatkan pasukan Italy dilihat bakal merubah sesuatu pada perlawanan akhir.

Namun begitu, Spain dilihat akan lebih berhati-hati pagi ini dengan mengekang asakan Balottelli ke arah pintu gol mereka.

Spain akan turun sebagai juara bertahan untuk bersemuka dengan Italy di perlawanan akhir. Dijangkakan pelawan menarik akan dipamerkan oleh kedua-dua pasukan bagi memastikan kejuaraan EURO 2012 ini milik mereka. Jika Spain berjaya mengekalkan kejuaraan mereka membuatkan mereka pasukan yang seharusnya digeruni oleh lawan lain kerana kemampuan mereka mempertahankan mahkota kejuaraan yang mereka perolehi 4 tahun lepas. Namun dengan berbekalkan title Juara Eropah dan Juara Dunia, Spain akan ditentang habis-habisan oleh pemain Italy yang akan diterajui oleh Balotelli di bahagian serangan.


Jika dilihat dari posisi ke posisi pertemuan kembali 2 penjaga gol terhebat dunia, Iker Casillas dan Buffon akan menjadi benteng terakhir bagi pasukan mereka dan memastikan tiada sebarang gol yang dapat dibuat oleh lawan.

Bahagian tengah dilihat akan dikuasai oleh Spain dengan gerakan yang mampu mengkucar-kacirkan benteng lawan namun begitu bahagian tengah Italy yang diketuai oleh Pirlo akan memastikan penguasaan Spain tidak akan kekal lama. Pertembungan 2 bahagian tengah yang hebat menjanjikan aksi yang lebih menarik sepanjang EURO 2012.

So jangan lupa saksikan Final EURO 2012, 2.45 pg, 2hb Julai 2012. Siapakah yang bakal juara... Spain atau Italy... kita nantikan.


PREDICTION A&D3: Spain menang penentuan sepakan penalti selepas berkesudahan 1-1 aksi 120minit.

0 Komen:

Catat Ulasan