♠ Posted by Akmal Zainal in Aku Dan Puisi at 1:08:00 PG
Malam...
Kesepian selalu di kaitkan dengan malam
Kesunyian,
Penuh keheningan
Dibaluti dengan kesyahduan
Diselimuti dengan kegelapan
Malam
Ianya gelap tanpa cahaya bulan
Gelap tanpa kerdipan bintang
Yang dapat memetai dada langit
Memberikan sinar malam
Kepada makhluk yang memerlukan
Malam
Waktu untuk manusia beristerirehat
Mengecas kembali tenaga yang berkurangan
Setelah penat memerah keringat, buah fikiran
Dalam mencari sesuap nasi
Malam ini
Aku sepi
Sesepi malam tanpa bulan
Tanpa bintang di langit
Tanpa bumyi unggas nakal
Yang sentiasa menyanyi hingga ke dinihari
Aku memang kesepian
Malam ini
Kan ku khabarkan pada angin malam
Agar dapat di hembuskan ke telinganya
Bahawa aku sepi tanpanya
Aku rindukannya
Senyuman, tawanya, dan manjanya yang kurindui
Malam
Bilakah lagi kau akan bercahaya
Walaupun tidak secerah sinar matahari
Bukan secerah malam purnama
Asalkan ada cahaya
Yang dapat menemaniku sepanjang malam
Posted via Blogaway
0 Komen:
Catat Ulasan