♠ Posted by Akmal Zainal in Aku Dan Cerita at 10:35:00 PG
Rav 4 Type G yang ada di Sabah (2nd Hand) |
So kali ni aku nak share la skit apa yang tengah membelengu diriku ini. Bukan apa tak tahu sama ada nak amik kereta atau pun motor sahaja. Bukan apa bila memikirkan banyak perkara hati jadi berbelah bahagi sama ada nak kena angkat kereta ataupun motosikal aja..hehe
So perjalanan aku ke sekolah melalui dua jenis jalan raya iaitu jalan tar (Jalan Aspal) dan juga jalan berbatu (Jalan Gravel). Bila musim hujan memang dahsyat lah jalan ke sekolah sampai kotor motor dan kereta itu adalah pasti.
Di sepanjang perjalanan jalan tar aku tak berapa nak kisah sangat tapi bila masuk jalan gravel tu yang menjadi banyak persoalan sehingga aku terpaksa memilih kenderaan terbaik untuk ke sekolah.
Jika tidak hujan jalan berbatu dan akan menyebabkan pinggang aku lenguh2 sebab terpaksa lalu jalan berbatu-batu sepanjang jalan. Bila time hujan plak sangkut la gamaknya dalam tanah dan selut tu...adei...haha
Sekarang ni antara kereta ataupun motosikal aku dah memilih Motosikal di bawah ini.
Lagenda Classic (Angkat yang baru) |
So pilihan kedua aku ialah membeli motosikal LC ni untuk pergi ke sekolah dan berulang-alik ke Keningau pada hujung minggu..hehe..So Jarak perjalanan dari Nabawan ke Keningau adalah 1 jam lebih. Pejalanan menaiki motor dalam kumpulan adalah lebih selamat dan bagaimana kalau tiba-tiba aku terpaksa untuk pergi ke Keningau berseorangan dan balik pada waktu malam... Fuhhh.... Pening kepala memikirkannya...hehe
Apa-apa pun kena tunggu gaji aku dulu la nampaknya sebelum aku nak buat sebarang keputusan. Hati aku berat menyarankan agar aku mengambil kereta sahaja di sini.
0 Komen:
Catat Ulasan