SELAMAT DATANG

Welcome to AkuDanDotDotDot

A&D3 - Aku dan Hotel Juta

♠ Posted by Akmal Zainal in
Ambil gambar di dalam Lif Hotel Juta Program Orientasi bagi Guru Baharu Peringkat Zon Pedalaman Sabah diadakan di Hotel Juta, Keningau, Sabah. Program Orientasi ini menggabungkan 4 buah daerah pedalaman Sabah iaitu Tenom, Keningau, Nabawan dan Tambunan. Program Orientasi ini khas kepada Guru-guru Baharu ambilan Januari dan Februari 2011. Peserta-peserta terdiri daripada KPLI J-Qaf, KPLI dan PISMP. Program ini berlansung selama 3 hari 2 malam bermula 25 April 2011 (Isnin) hingga 27 April 2011 (Rabu) di Hotel Juta dan disertai seramai 133 peserta daripada keempat-empat daerah tersebut. So bila...

A&D3 - Aku dan Gaji Pertamaku Part 2

♠ Posted by Akmal Zainal in
Adakah ini jumlah wang Gajiku Pastinya perkara paling penting bagi pekerja-pekerja di seluruh dunia menantikan tarikh di mana pembayaran titik peluh mereka selama sebulan. So Pada 25 APRIL 2011 merupakan tarikh pertama gajiku masuk bersama-sama tunggakan selama 2 bulan. Alhamdullillah... Segala Puji bagi Allah kerana proses berjalan dengan lancar. Dengan adanya duit ini bolehlah aku meneruskan perjalanan aku di daerah Nabawan, Sab...

A&D3 - Aku dan Sayang Kinabalu

♠ Posted by Akmal Zainal in
So kali ni aku akan share dengan korang satu lagi lagu favourite aku di Sabah ni. Tajuk Lagunya ialah "Sayang Kinabalu". Lirik lagu ada dalam video ni kalau kepada sesapa yang nak salin boleh la amik lirik kat bawah ni. Tinggi tinggi Gunung Kinabalu Tinggi lagi sayang sama kamu biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh  hati saya rindu... Kinabalu dekat di kundasang banyak sayur bulih pilih pilih apa guna pergi luar negeri naik kinabalu  hati saya rindu.... sumandak sumandak pun ramai menunggu  menari-nari lenggang sumayau sekali melihat melepak kulitnya saya jatuh cinta.... saya sayang sayang kinabalu kaamatan pesta bulan lima sayang sayang kita pergi tamu jalan tamparuli hati saya rindu.... Kinabalu dekat di kundasang banyak sayur bulih pilih pilih apa guna pergi luar negeri naik kinabalu  hati saya rindu.... sumandak sumandak pun ramai menunggu  menari-nari lenggang sumayau sekali melihat melepak kulitnya saya jatuh cinta.... saya sayang...

A&D3 - Aku dan Pemilihan Kenderaanku Di Sabah

♠ Posted by Akmal Zainal in
Rav 4 Type G yang ada di Sabah (2nd Hand) So kali ni aku nak share la skit apa yang tengah membelengu diriku ini. Bukan apa tak tahu sama ada nak amik kereta atau pun motor sahaja. Bukan apa bila memikirkan banyak perkara hati jadi berbelah bahagi sama ada nak kena angkat kereta ataupun motosikal aja..hehe So perjalanan aku ke sekolah melalui dua jenis jalan raya iaitu jalan tar (Jalan Aspal) dan juga jalan berbatu (Jalan Gravel). Bila musim hujan memang dahsyat lah jalan ke sekolah sampai kotor motor dan kereta itu adalah pasti. Di sepanjang perjalanan jalan tar aku tak berapa nak kisah...

A&D3 - Aku dan Gaji Pertamaku

♠ Posted by Akmal Zainal in
Contoh matawang Malaysia bukan gaji aku yer..hahaha Debaran kian terasa...tidak sampai lagi sehari lagi Aku akan menerima Gaji pertamaku yang dijangkakan akan mula masuk pada 25 April 2010. Tarikh ini amat bermakna sebab pada tarikh ini aku akan menghadiri kursus Orientasi Guru Baharu di Hotel Juta, Keningau. Dub..dub..dub... Memang macam-macam perasaan yang ada dalam hati ni. Gembira pun ada...berdebar takut tak masuk gaji pun ada...ish4...Takot wo kalau tak masuk lagi..hehe...banyak perkara akan terbengkalai nanti..hehe Lagi pun dah lama aku tak update blog ni sebab kekangan masa yang terlalu...

A&D3 - Aku dan Kursus Profisiensi MBI

♠ Posted by Akmal Zainal in
Antara peserta kursus profisiensi Nabawan, April 4 - Kursus Profisiensi bagi Memperkukuhkan Bahasa Inggeris yang bertempat di Pusat Kegiatan Guru Nabawan selama 4 hari bermula hari Isnin ini adalah bagi meningkatkan keupayaan guru-guru daerah Nabawan dalam mengajar Bahasa Inggeris. Kursus ini dihadiri oleh guru-guru Nabawan bukan Major Bahasa Inggeris. Dengan menghadiri Kursus ini selama 2 minggu, setiap guru yang hadir akan diberikan sijil bagi melayakkan mereka mengajar Bahasa Inggeris dan menambahkan opsyen major mereka. Maka selepas ini, setiap guru ini mempunyai Opsyen Major Bahasa Inggeris...

A&D3 - Aku dan Hikayat Merong Mahawangsa

♠ Posted by Akmal Zainal in
Poster Hikayat Merong Mahawangsa Sekarang sudah lebih dari 20 hari tayangan Hikayat Merong Mahawangsa di seluruh Malaysia. Kutipan yang saya ketahui adalah lebih dari RM6 juta tidak termasuk dengan tayangan yang bakal di adakan di 70 buah negara lain. Filem yang amat mengkagumkan aku dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Salah satu babak dari Filem HMM Penghasilan Hikayat Merong Mahawangsa ini membuka lembaran baru dalam bidang seni dan perfileman negara kerana filem ini mendapat hak edaran di luar negara, bukan di negara-negara yang kecil namun apa yang dapat aku katakan adalah Hikayat...