Tambahan 125 Ulang Tahun Pada Jersi Arsenal Musim 11/12
Rasanya dah agak lama aku tak beli jersi HOME bagi Arsenal...Bagi aku bukan apa... Jersi home Arsenal beberapa tahun kebelakangan ini tidak banyak perubahan yang berlaku. Namun bersempena dengan keluaran khas Ulang Tahun ke-125 penubuhan Arsenal aku membelinya sebagai kenang-kenangan kelak.
Dalam jersi ini jugak aku sematkan dengan nama aku "AKMAL" dan juga no kegemaran aku "77".. haha...nak tengok ke? Layan je la k..zasssss!!!!!!!!!!!
Dari pandangan depan
Ha....ni dah jersi Arsenal 125 Tahun...so....nak tengok ke blakang dia... Ni dia...
Hahaha...kan ada nama aku 2...confirm kat Arsenal pyh nk dapat no 77 ni...so kire mmg klu Arsenal panggil aku mmg senang-senang je terus sarung jersi...tak payah nak pilih-pilih nombor dah...Hahaha..(perasan gile)
Aku sebenarnya bukan peminat cerita hantu. Namun disebabkan KRU Studios telah mengeluarkan filem terbaru mereka yang bergenre Seram maka aku tertarik untuk melihat cerita ini di pawagam. Overall aku akan bagi 8.5/10 la.
Walaupun ini merupakan hasil pertama KRU dan Yusry dalam genre seram namun kepakaran mereka dalam CGI digunakan sepenuhnya dalam menghidupkan watak-watak hantu yang ada dalam cerita ini. Kesan-kesan khas yang ada pada pelakon juga seolah-oleh benar dengan ulat-ulat bergerak-gerak di muka dan bermacam-macam lagi la aksi-aksi yang menarik dan patut di tonton.
Di harapkan filem ini mendapat kutipan seperti yang diharapkan oleh KRU Studio. Terbaiklah KaraK!!!!
So ada beberapa gambar hantu yang di ambil dari facebook Karak
So malam ni pada pukul 10.15mlm (hope tak delay) aku akan terbang ke semenanjung untuk berjumpa keluargaku yang berada di Negeri Sembilan. Maka aku balik awal sikit dari cuti sekolah disebabkan ada urusan yang perlu aku selesaikan.
So cuti dua minggu ni nak buat apa pula yer?haha...banyak invitation untuk kenduri sudah diterima tak tahu sama ada dapat pergi ke tak semua tempat tu.
Target nak pergi tengok filem seram KRU KaraK di pawagam dalam minggu cuti ni..harap dapat la tengok kan..hehe... Ok la chow dulu kengkawan...jumpa di lain masa.
So tadi dah tunjukkan preview pasal Ford Ranger yang aku baru beli tu. So skang ni mesti la ada DST. Apa tu DST? Di Sebalik Tabir..hehe... So semua gambar-gambar yang ada ni semua di ambil di Ford Showroom la masa nak ambil kereta ni.
Setelah hampir 4 bulan aku berada di Sarikan, aku telah memikirkan semasak-masaknya bagi membeli kereta yang boleh membawaku ke SK Pementerian, Nabawan, Sabah. Setelah semua perkara diambil kira maka aku telah mengambil FORD RANGER 2.5 TDI XL sebagai pengangkutan rasmi ke SK Pementerian.
Pandangan dari sisi
Kereta ni baru je dapat hari jumaat yang lalu iaitu pada 20 Mei 2011, 4.31 pm di Ford Showroom, Kota Kinabalu. Aku pergi bersama rakan guruku Aziz dan Khairul. Kami berangkat dari Nabawan ke Keningau dan kemudian meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu menggunakan bas. Kemudian, dari Stesen Bas kami menaiki teksi ke Ford Showroom..
Pandangan dari Depan
So.. dengan adanya kenderaan rasmi SAB1588F ni boleh la aku ke sekolah dengan mudah...Takde la aku mengalami sebarang masalah pengangkutan lagi nak ke sekolah..hehe...
Dulu aku jawab peksa..skang ni aku sediakan soalan peksa..huhu
So Bermula 18hb hingga 24hb May 2011, SK Pementerian akan mengadakan Ujian Peperiksaan Semester 1 2011. So Good Luck to all pupils. and hope done well in the examination..hehe
Sebenarnya lagu ni dah lama keudara di dalam kaca televisyen, corong radio dan bermacam-macam lagi. So bagi menghangatkan lagi suasana dan memeriahkan lagi kehangatannya maka aku syer la skit apa yang aku dapat ni..hehe..
So kalau nak cerita pasal KRU ni memang dari dulu lagi aku minat dorang ni..hehe...sejak aku sekolah menengah lagi...so paham-paham la dah berapa tahun dah skang ni aku meminati mereka. Tambah-tambah sekarang ni KRU memperluaskan EMPAYAR mereka dengan memasuki bidang perfileman bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh pelosok dunia.
So MTV kat atas ni tak full lagi..hehe...so kepada sesiapa yang nak layan lagu ini dengan penuh ikuti Di Sebalik Tabir MTV - Ganas di bawah ni. Kat ending dia ada show full MTV.
Lirik dia aku selitkan sekalilah.
KRU - Ganas
Disuruh diri aku berdiri
Disuruh duduk aku pun duduk
Setia tunduk pada arah telunjuk...itu aku
Kerana cinta aku menghamba
Mengejar hasrat hatimu damba
Arahkan saja mengikut kehendakmu...itu kamu
Hingga...
Mata tak terpejam mencari apa yang kau mahu
Tapi mulut ku berdiam tak mahu bergaduh
Baik telinga dengar saja semua perintah ku junjung
Biar hati calar-balar tetap bersabar
Ganasnya cintamu
Kau mahu itu aku begitu
Kau mahu ini ku pun begini
Jangan melawan nanti hukumannya bermuncung...itu aku
Kerana cinta aku menghamba
Mengejar hasrat hatimu damba
Arahkan saja mengikut kehendakmu...itu kamu
Hingga...
Selalu sungguh hatiku mengeluh
Entah kenapa masih setia
Tragis oh tragis bertemankan sadis
Mungkin kerana sayang ku tidak menentang
Gelengan pun dah menjadi angguk
Tragis oh tragis bertemankan sadis
Ni ada tambahan skit... Youtube Melody Version. Bukan MTV k.
Lama sudah aku tidak menaip di blog ni...debu dah...hehe...bukan aper...untuk pengetahuan korang semua aku dah mula menggunakan laptop sendiri dalam menghasilkan karya-karya yang telah tergendala selama ini..hehe...
Bergambar dulu sebelum bertanding
So nak ceritalah sikit pengalaman aku semasa membawa budak aku di "Spell It Right Challenge" peringkat Negeri Sabah 2011. Pertandingan ini diadakan pada 14hb Mei 2011 di Suria Sabah, Kota Kinabalu. Tujuan sebenar untuk menghantar budak-budak ni bukan untuk memastikan dorang menang no 1 dalam negeri tapi hanya sebagai pengalaman kepada mereka dan setidak-tidaknya menambah serba sedikit ilmu pengetahuan mereka dan dapat memberikan kepada mereka kesempatan untuk melihat dunia yang lebih moden dari tempat tinggal mereka.
So bilangan murid yang menyertai S.I.R ini seramai 8 orang. 5 dari SK Pementerian, 2 dari SK Ulu Masopoh dan 1 dari SK Pandiwan. Nak kata kami ni jadi tumpuan tak la jugak sebab penyertaan kami adalah dijemput oleh NST dan SIR. so kira sekolah undangan la kiranya macamtu..hehe
Murid-murid dari Nabawan, Sabah
Keputusan murid-murid ni biasa sahaja. Hanya seorang yang boleh mengeja dengan betul sebab ada juga perkataan yang aku sendiri pun tak reti nak eja..hehe...
So layan je la gambar-gambar yang ada yer..hehe... jumpa lagi...zasss...!!!!!!!!!